Sunday, November 9, 2008

Rindukan Maksu!

Sejak Maksu telefon minggu lepas, Qais tak putus-putus bertanyakan Maksu dan sibuk memujuk supaya dijemput Maksu dari Shah Alam. Mungkin sebab sudah lama sangat tak berjumpa & 'membuli' Maksu yang seorang tu. Kali terakhir berjumpa Aidilfitri lalu rasanya sudah agak lama dan dia sibuk setiap hari bertanya bila 'kita' nak ambil Maksu dari sekolah.


Janjinya bila sampai hari minggu, kami akan ke Shah Alam menjemput Maksu. Tapi Maksu dah 'blah' balik ke rumah MakTok di Lenggong. Bila diberitahu Maksunya tak ada di sekolah sebab balik ke rumah MakTok ... Qais tetap tak berpuas hati dan minta juga di ambil Maksu dari Shah Alam. Kerana sudah tidak ada jalan lain & hendak memujuk Qais yang asyik bertanyakan Maksu, Ummi & Babah berjanji untuk bawa Qais ke rumah Toksu. Tak dapat bermain dengan Maksu, dapat bermain dengan MakWa pun jadilah. Tambah seronok, minggu ini Paksu Ujang & Cik Tayah pun ada.

Dalam perjalanan ke rumah Toksu, kami singgah beli sarapan di Taman Bolton. Sambil menunggu roti canai yang dibungkus, sebab Qais masih sibuk bertanyakan bila nak sampai rumah Maksu, terpaksalah telefon ke rumah MakTok supaya sekurang-kurangnya dapat dia berbual-bual dengan Maksu.

Kerana marahkan Maksu yang balik ke rumah MakTok tak ajak Qais, inilah jadinya ... LETIH AGAKNYA MAKSU TERPAKSA MEMUJUK & DIMARAH QAIS!