Thursday, March 19, 2009

Sisterhood Award - TQ Lenny!



Since start blogging nih...tak pernah laa aku dpt award...tahun nih dgn best nyer Lenny telah memberi 'Sisterhood Award' nih...TQ Lenny for the award!!..muah..muah...muah..

we all kenal each other kat MMU coz masatuh bf masing2 duk satu umah(bf=dah jadik hubby masing2)...we share up & down together..almaklumlah..zaman cintan cintun..byk dugaan & cabaran...betul tak Lenny? hehhheh

The rules:
*Place the award logo on your blog.--> done
*Nominate 10 other blogs which show "Attitude and/or Gratitude"-->takbleh pikir skang nak nominate saper lagik...
*Link to the nominees on your blog post.-->sama jawapan seperti di atas
*Comment on their blog that you have nominated them.
-->sama jawapan seperti di atas

*Share the love and link to the person who nominated you--> done


Monday, March 16, 2009

My Best Pick ...

Recently, my friend ask me since I travel a lot (Holiday & work; Which he also a bit confuse, being in HR why i need to travel), what would be my best hotel's experience. Struggling through the weekend ... i finally manage to list my own 'Best Hotel Experience":
  1. Ocean Wing Deluxe, Nexus Resort Karambunai, Sabah, Malaysian Borneo - Private balcony which mine is directly accessible from lawn, white sandy beach stretching about 5km (I only get to explore half of it), beautiful view of open sea, great scenery creating romantic feeling, great facilities, horseback riding, ultimate holiday experience!
  2. Magellan Sutera, Sutera Harbour, Sabah - Excellent tropical landscape, open sea view from room's window (U can actually see all the islands within the TAR national park, jetski at the open sea (I did it!),luxury room with magnificent wood & craftwork. Very luxurious ... and it is in KK town.
  3. Junior Suite, The Northam All Suite Penang, Penang Island - Damn spacious room with separate area between living, bedroom and bathroom, superb jacuzzi!, very elegant and prestigious hotel, great location (Quite near to Gurney), great value ... this is a hotel you don't need other facilities and great surrounding ... i can live with just the jacuzzi!
  4. Pacific Sutera, Sutera Harbour, Sabah - Modern and prestigious design, elegance room with open sea view, great facilities, direct access to marina with fancy yatch and boats and of course in KK town.
  5. Swiss Garden Resort & Spa Kuantan, Beserah Kuantan, Pahang - Sandy Balok beach, excellent facilities, comfortable room ... not far from kuantan, relaxing environment (Not for me coz i had to work)
  6. Hotel Equatorial Bangi, Putrajaya, Kuala Lumpur - Majestic hotel! (Seriously huge), comfortable room (Could have been excellent but i only stayed in the cheapest though still not cheap), excellent golf course i think (Who am i to judge) ...
  7. Pan Pacific Glenmarie Resort Shah Alam, Glenmarie Shah Alam, Selangor - Excellent hotel, chosen because i get a good deal for this stay, excellent golf course i think (Coz i see many people play even at night) ...
  8. City Bayview Hotel, Kuah, langkawi, Kedah - I had to mention this, not a luxurious 5 stars hotel, but this is home. Been here so often people recognize and welcome you. In Kuah town therefore very convenient for shopping!
  9. Hotel Equatorial Melaka, Bandar Hilir, Melaka - My preferred hotel in Malacca. Comfortable room, good facilities, prestigious, a door step away from Bandar Hilir shopping complexes, i like the black coffee ...
  10. Restu Bali Hotel, Legian Road, Bali, Indonesia - This one had to be in because I like what creative people can do with limited budget. Not a luxurious type of hotel ... its in a budget category but the jacuzzi is nice, pool is well designed, lots of woods & stones carves ... rich of indonesian heritage ... all nice except i had to take bread for breakfast.
  11. Sunway Lagoon Hotel & Spa, Bandar Sunway, Kuala lUmpur
  12. Premier Room, Concorde Hotel, Kuala Lumpur
  13. Best-Westin Seri Pacific, Kuala Lumpur (Formerly Pan Pacific)
  14. Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut, Lumut, Perak
  15. Holiday Inn Kuching, Sarawak
  16. Sommerset Kuala Rompin, Rompin, Pahang
  17. Swissotel Merchant Court, Merchant Road, Singapore
  18. Renaissance Kota Bharu Hotel, Kota Bharu, Kelantan
  19. Royal Adelphi Seremban, Seremban, Negeri Sembilan
  20. City Bayview Hotel Singapore, Bencoleen Street, Singapore
Worth mentioning are Primula Parkroyal Hotel Kuala Terengganu, Promenade Hotel Kota Kinabalu, Sunway Hotel Georgetown, Sunway Hotel Seberang Jaya, Holiday Villa Alor Setar, Cititel Penang (And cafe for projecting live world cup 2006 matches), Puteri Pacific Johor Bharu, Casuarina Hotel Ipoh, Renaissance Hotel Melaka.

Friday, March 13, 2009

|From.My.Window|


Tanda aras kebijaksanaan dan intelektual saya kalau di ukur tidaklah setinggi KLCC, bahkan setinggi pokok kelapa pun belum tentu. Menuntut ilmu dulu pun ditengah-tengah ‘Prang Besar’yang rancak di botakkan menjadi padang jarak padang tekukur. Tidaklah sampai ke institusi ratusan tahun di kota metropolitan yang dingin. Ulangkaji pun sekadar di kalangan pokok kelapa sawit dan getah dengan muka yang kadang-kadang merah dek terik matahari dan debu tanah merah yang tebal ‘bertempek’ di muka, tidaklah di bawah pohon-pohon pine dan epal yang hijau serta salji yang putih.

Tapi akal cetek ini kadang-kadang memaksa saya berfikir bila melihat banyak ‘tayangan-tayangan cerita melayu’ yang kebelakangan ini rancak ‘dibikin’ semula dengan pelakon-pelakon baru, tapi masih dengan tema dan sama. Saya lucu dan tertawa sendirian bila menonton ‘cerita’ dan gelagat-gelagat ‘juak-juak yang berkuasa’ yang berbuat sesuka hatinya di ‘penambang’. ‘Marhaen’ yang ramai berasak-asak menunggu ‘sampan’ untuk membawa mereka ‘menyeberang’ diperlaku sewenang-wenangnya oleh juak-juak yang berkuasa tanpa sikit rasa prihatin dan simpati pada marhaen yang serba daif dan lemah.
Saya senyum sendirian bila melihat ‘juak-juak’ yang terang-terangan mencuri hasil ‘penambang’ di depan mata simarhen dan juak-juak yang lain. Tambah lucu lagi bila ada juak-juak yang tak malu mencuri ‘pisang’ kepunyaan si marhaen. Bila ditegur “Hei! Kenapa kau mencuri pisang aku, kalau kau minta aku kasi tau ...” lagi rancak si juak-juak ‘mencuri’ pisang si marhean. Kasihan si marhaen.
Gelagat si juak-juak yang ‘tersengih-sengih’ macam kerang busuk mengiring ‘kroni kesayangan’ menaiki sampan melepasi marhaen biasa yang sudah lama beratur lagi membuatkan saya senyum sendirian. Tidak malukah mereka pada simarhaen yang memandang tidak berdaya sedangkan ‘sampan’ sudah ada didepan mata.
Ada juga juak-juak yang ‘putar belit’ meminta bayaran untuk payung yang dipinjamkan ... “Ini sampan taukeh punya, ini payung aku punya ... kena bayar”.
Bila ‘taukeh besar penambang’ sampai dengan kereta serba besarnya, juak-juak berkuasa di penambang jadi macam ‘kera kena belacan’ mengendeng-ngendeng si taukeh. Barangkali kalau patut dikipas mereka akan kipas si taukeh besar. Padanlah dengan si taukeh besar penambang yang hendak naik sampan sendirian ke ‘seberang’ tak mahu berkongsi dengan si marhaen.
Akhirnya ‘penambang’ huru-hara bila marhaen sudah tidak tertahan menanggung siksa dan derita. Bila ‘pendekar mustar pinang sebatang’ dari kalangan marhaen sudah tidak terdaya menahan ‘penindasan’, maka mereka bertindak sendirian sampai akhirnya ‘penambang’ jadi kacau bilau.
Pendekar Bujang Lapok yang sedari tadi memerhati dalam diam dan menunggu saat akhirnya ‘menyelinap menaiki sampan dan berkayuh ke seberang meninggalkan di belakang penambang yang sudah kacau bilau.
Dalam ‘cerita melayu’ ini, untung kalau ada tiga ‘Laksamana Do Re Mi’ yang nampak macam rakyat yang biasa sahaja tetapi tiba-tiba sahaja pula mendapat ‘alat’ istimewa untuk menjadi perwira perkasa menyelamatkan negeri. Untung-untung Laksamana Do Re Mi hendak menyelamatkan penambang yang sudah kacau bilau. Dalam cerita ini Laksamana Do Re Mi mendapat habuan menikah tuan puteri. Kiranya "Baik ...baik ada makna tu". Tapi cerita P. Ramlee ini kenalah ‘dibikin semula’ ke dalam satu ‘Drama’.
Apa salahnya, lagipun memang sudah ada ‘cerita-cerita melayu P Ramlee’ yang sedang dibikin semula. Saya pernah menonton kisah pemerintah negeri yang bersidang dibawah pokok di negeri Pasir Berdengung Dua Butir. Cerita itulah yang ada tiga Laksamana Do Re Mi dengan ‘alatan istimewanya’.
Menonton ‘cerita’ sultan musang berjanggut yang dimain-mainkan juga rasanya lucu bila ditonton di kaca televisyen. Tapi ‘remaking’nya sudah jadi memual dan menjelekkan. Inilah jadinya bila lain yang di ajar, lain pula yang jadi. “Kalau tulis shorthand, jangan baca longhand” ... bila baca longhand itu yang jadi mambang biru air laut dan mambang mabuk minum brandy. Kalau tidak tahu, rajin-rajinlah belajar dan bertanya ... jangan suka membuta-tuli mengikut rasa hati.
Jangan juga selalu buat interpretasi sendiri tanpa mendapatkan fakta yang betul, takut nanti huruf Ha jadi huruf jin mata buta dan huruf Kha’ jadi huruf jin pakai toncet. Nanti malu diketawakan Pak Ali (Walaupun Pak Ali juga sama buta huruf)
Sebenarnya ... ‘cerita P. Ramlee’ yang paling menyentuh hati ... ialah cerita yang ada dua orang penyamun bernama Penyamun Ajis dan Penyamun Sudin yang sibuk ‘membahagikan hasil’ dengan ‘adil’. Penyamun Sudin sangat marahkan Penyamun Ajis yang tidak pandai membahagi-bahagikan harta. Tapi bila Penyamun Sudin yang kira??

Thursday, March 12, 2009

Qistina's 1st EBM


Today Qistina already 35 days old.

She had her 1st EBM in her NUK bottle just now! 
She drank almost 3oz...


EBM dah abes...Qistina mrengek..


Pastuh cam ala ala rengek2 tak cukup...Ummi kena top-up skit dgn susu cap gantung sampai dia lelap...

dah tido atas bouncer


Mula2 1st 1oz cam byk yg dia keluarkan balik coz 1st time kot isap from botol.bila adik isap susu from botol..melelehhhh jek skit2 air susu tuh tepi2 mulut adik.kain yg Ummi alas bawah dagu Qistina pon mostly basah...takperlah baru nak blaja...hopefully another few days adik Qistina ok nanti...kena blaja dari skang coz another 3 weeks Ummi nak start keje dah (huhuhuk..tiba2 rasa sebak nak tinggalkan adik kat umah...)

But..Ummi cam dah tak ingat laaaa...last wat EBM was last 3 years...so dah tak ingat camaner and braper lama nak storage EBM..

Braper lama bleh simpan EBM:-

1. Kalo simpan kat fridge bahgian atas(bahgian frizer)?

2. Kalo simpan kat fridge bahgian bawah?

3.Kalo kat room temperature?

Anyone? please bagi tips, panduan & advise...


Monday, March 2, 2009

mEeT QiSTinA NabIHaH ...

Meet the latest edition in the family ...
Qistina Nabihah binti Zainul Abidin bin Semangun@Suaib bin Harun bin Hussein bin Abdul Rashid bin ...






So far Abang is keen to look after Adik ... he even wakes up at night if Adik cry superloud!

daRi maNa dIa beLaJar??

SITUASI 1: 8.30pm si Qais terkocoh-kocoh dari dapur ke pintu utama nak ikut sama isi minyak di Petronas ...

MamaTok:Hah! nak kemana tu?
Qais: (Dengan muka tak bersalah) ... Qais ada peghojek ni ...
Satu rumah: Harrghh! Harrghh! Harrghh!


SITUASI 2: 9.00am di dapur, Qais tengah menikmati sarapan dengan MamaTok & CikSu ...


CikSu: MamaTok .. ada orang tu kan semalam dia marahkan AyahTok ... dia nak masukkan AyahTok dalam washing machine ...
MamaTok:Kenapa marah AyahTok? Tak kesian ke AyahTok nak masukkan AyahTok dalam washing machine?
Qais: AyahTok tu naughty ... suka sakat Qais ...
MamaTok: Habis tu kalau masukkan AyahTok dalam washing machine tak kesian ke kat MamaTok. Kesian MamaTok ...
Qais: (Dengan muka selamba menggigit roti) ... MamaTok, kalau AyahTok masuk mesin ... nanti MamaTok carik la AyahTok lain ...

Satu rumah: Harrghh! Harrghh! Harrghh!


SITUASI 3: Setiap kali di suruh, dimarah atau kalau minta tolong ... tak kira la sapa2 pun ...

MakLang:Qais cepatlah makan ...
Qais: MakLang ni tak boleh sabar ke? ... tak nampak ke Qais tengah wat keje ni ..hah?

Entah dari mana dia belajar ... setiap hari vocabulary Qais bertambah tanpa kami sedari. Parents juga rupanya kena pastikan diri up-to-date dan alert dengan perkembangan sekeliling supaya anak2 tidak terpengaruh dengan nilai yang tidak sihat ...

Sunday, March 1, 2009

dRaMa babaK 3: KuSaNgka ER ruPaNya HOUSE ...

Khamis, 5 Feb 8.30am - Tidur kami sejak 6.30am terbantut bila Gynae Ummi, Dr. Siti Zaleha masuk ke bilik. Selepas 'perbincangan drama awal pagi semalam' dan pemeriksaan, Dr. Siti begitu concern dengan situasi kami terutamanya keadaan Ummi. Katanya dinding rahim semakin menipis dan dia bimbang kalau2 terjadi bleeding pada scar lama. Nampaknya kami tidak dinasihatkan untuk 'menunggu' lebih lama untuk normal delivery. Dia menyarankan Cesaerean Section secepat mungkin demi keselamatan kedua-dua Ummi & baby. Selepas berbincang lanjut, akhirnya kami setuju supaya c-sec dijalankan pada pukul 2.30pm hari yang sama.

Selepas Dr. Siti keluar, kami menenangkan diri (Especially Ummi). Sebaiknya kami akur nasihat Dr. Siti untuk tak mahu 'cerita' yang sama terjadi sewaktu melahirkan Qais terjadi. Dulu, Ummi terpaksa induced sebanyak dua kali to initiate labor, akhirnya kami terpaksa pulang juga ke rumah selepas Qais 'belum mahu keluar dari Ummi'. Hari berikutnya, selepas selesaikan saman di balai polis (Ya! bayar saman kereta dan jugak pergi Jusco!) kami ke hospital untuk CTG tapi terkejut bila diberitahu heartbeat Qais semakin lemah. Bila waterbag dipecahkan, the liquid was already greenish and Ummi was push immediately to the OT.

Kali ini kami bersetuju supaya Ummi terus sahaja cesaer. Bila borang-borang berkaitan sudah ditandatangan, Dr. Hakim anaesthetist Ummi masuk menerangkan pilihan-pilihan yang ada. Ummi boleh memilih General Anaesthesia (GA) ataupun Spinal Anaesthesia. Katanya Spinal lebih baik kerana Ummi akan lebih segera sembuh. Dari penerangan Dr. Hakim, GA bermaksud patient akan fully unconscious bila procedure dijalankan berbanding Spinal dimana patient adalah separa sedar dengan bius hanya dari separa dada ke bawah. Cuma Dr. Hakim sedikit bimbang kerana Ummi mempunyai history of possible slip-disc between lumbar four and five. Cuma katanya suntikan diberi di lumbar three (L3).

Selepas menimbangkan sebaik-baiknya kedua-dua option, kami bersetuju memilih Spinal (Senang jek aku cakap sebab yang nak kena enject Ummi). Bila persiapan untuk ke OT mula dibuat, MakTok yang dah diberitahu apa yang akan berlaku pun sama kelam-kabut dan risau. Mungkin sebab berjauhan, MakTok bimbang bila diberitahu Ummi kena 'operate'.

Sekitar 1.30pm, Ummi di 'tolak' ke OT floor. Sampai di ruang hadapan OT, mereka memindahkan Ummi ke katil lain sambil aku diminta memakai pakaian bilik bedah. This is actually my first time in OT since last time Ummi was on GA and I was not allowed to enter. I was escorted to the changing room and handed a special cloth to wear.

I had entered the OT area when I realized everybody is actually wearing the similar type of cloth and it could have been really cool had i "confidently" entered the room and pretend to be like a very macho neurosurgeon. Maybe i can pretend to give orders by saying some medical jargons i know from HOUSE. Maybe they will believe me. Then again i realized it will be a lame attemp since obviously i am only wearing a 'pasar malam' equivalent cloth as opposed to the doctors. They have got special "Armani Designer" colors for them. Well to put into perspective, i got a tat sing slipper to wear in the OT while they got crocs ... well everyone in there actually have a fancy crocs

Dengan bersemangat (Dan berdebar-debar) aku menunggu untuk dipanggil masuk ke bilik bedah. Sementara menunggu aku sempat berbual-bual dengan staff OT yang sibuk menguruskan patient yang sedang 'queue' untuk masuk ke OT ...

Dalam operation theatre, aku nampak sendiri macamana procedure dijalankan. Dari pisau-pisau tajam dipegang doktor sampailah akhirnya Qistina di keluarkan. Masa menjejakkan kaki masuk, mereka sudah sibuk 'memotong' Ummi dengan bilah2 pisau yang rasanya memanglah sangat tajam sebab doctor nampak macam sempoi saja2 je main potong2. Ummi sedar dengan mata yang luas terbuka tapi nampak sangat pucat dan takut. Tapi semua didalam bilik tersebut pantas dan tekun dengan responsibility masing2. Suasana dalam bilik bedah sebenarnya fun. Kusangkakan havoc dan kelam kabut ... tapi rupanya fun dengan telatah masing2 yang 'boleh tahan'. Dalam sibuk2 menjalankan procedure yang pada aku dah nampak sangat complicated dan lagi pula melibatkan manusia (Isteriku pulak tu) , sempat juga mereka berdiskusi tentang hal-hal semasa contohnya termasuklah "lunch kat mana", "makan apa", "apa latest news in Perak (well its 5th Feb then)" dan jugak "pengetahuan-pengetahuan am". Tapi semua alert dengan tugas masing2. Operation theatre tu tak nampak macam ER ... macam HOUSE adalah ...

2.20pm ... kali pertamanya aku dapat melihat ubun-ubun rambut Qistina yang lebat dari celahan perut Ummi yang bergenangkan air dan darah. Alhamdulillah, we finally welcome the new addition to our family. 2.26pm Qistina selamat di tarik keluar ...

4.00pm ... Bila Ummi ditolak keluar selepas semuanya selamat ... kami bersyukur menerima Adik untuk Qais ...



- TAMAT -


1. Special thanks to Dr. Siti Zaleha who has been very helpful to us. You are the best and we are grateful to u ...
2. To Tawakal Hospital especially staffs of Ward 1B and nursery ... u all rock!
3. MakLang Syarah who help a lot & temankan Qais tidur sampai seminggu & tolong jagakan dia demam ... TQ! so much ... and jugak uruskan Qais tengok Geng! We'll never forget ...
4. MakTok yang banyak bagi panduan & tips dan berkali2 telefon sepanjang hari ... TQ! Mak
5. CikSu for 'special porridge' ... bubur merah putih (Well as she said it ... its french porridge!)
6. MakLong Amy for tips & courage ...
7. PacChik who visits all the way from Nilai ...
8. Ofismate Ummi izzati Fariez & Mar for courage
9. Ummi Bibah for tips uruskan placenta as well as uruskan Ummi
10. Lenny's family - Mak, Abah, Lenny & Nenek

MamaTok, AyahTok, MakTok, MakLang, Pakcik Naufal, PakChik Khairil, MakSu Adik, Nenek, Onyang, CikSu, Bik Sam, Kak Anik, TokChu, PakSu Ujang, TokNyang, TokChik Zahari, PakLong Faizal, MakLong Yana, Mak Njang Da, PakLang Fadhil, PakNgah Nizam, MakNgah Onie, Afiq, Kak Lin, Zahin, PakNgah Zaini, MakNgah Sit, Naufal, Izzati, Fariez, Kak Linda, Fifi, Aniza, Halim, Kak Su, Kak Zaharah, Puan Raja, Auntie Lenny, Uncle Yang, Alya, Uncle Malik, Uncle Afza, Auntie Syaban, Uncle Syah, Auntie Sha, Tok Nyah, Nek Nyah, MakLong Effa, TokLang, Nek Lang, Chik Harris, Nek Yi, Pak Unggal Ikram, Nek Long, MakLong Ina, Auntie Along, Ahmad (Sorry Qais tolak Ahmad jatuh beskal), Bebek, Abang Pidi.

THANK YOU SO MUCH FROM US!!