Monday, December 29, 2014

#jejaksemula2012diapsh - Adik #princessqina Demam Lagi...

Adik #princessqina memang sudah beberapa kali dilanda demam panas yang akhirnya menyinggahkan kami beberapa malam di Hospital Pakar Ampang Puteri (APSH). Pernah hampir kekejangan akibat suhu badan yang terlalu tinggi.

Bila nampak tanda-tanda mula demam sejak dalam perjalanan dari kampung (Lenggong), anggapannya ia demam biasa-biasa yang kembali melanda. Bekalan ubatan asas memang sentiasa ada di peti sejuk jadi kami tidak terlalu bimbang.

Fokus sebetulnya banyak terarah kepada abang yang bersiap sedia memasuki darjah 1 di sekolah baru. Tapi bila suhu badan adik kekal panas dan tidak menunjukkan tanda beransur turun walaupun setelah dimasukkan voltaren ke dalam du***, kami mula risau dan bergegas membawa adik ke APSH pada malam 29.01.2012...


Tidak langsung kami tahu bahawa ia adalah langkah masuk ke suatu pengalaman yang sangat getir, panjang dan penuh pengajaran.

Wednesday, December 24, 2014

#jejaksemula2012diapsh - Buat Keputusan Untuk Berkongsi

Keputusan besar yang bermain-main dalam kotak pemikiran sejak beberapa minggu ini adalah keputusan untuk terus dengan hasrat berkongsi #jejaksemula2012diapsh. Meyakinkan hati bahawa kami sudah sedia untuk berkongsi sebahagian daripada detik-detik sepanjang 109 hari yang dihabiskan di APSH. Satu perjalanan hidup yang telah mengubah kami selamanya, tentang sudut pandang dan bagaimana kami melihat kehidupan dan kasih sayang... kesannya masih mengubah kami hingga ke hari ini...

Kami selalu merasakan kebanyakan daripada momen dalam pengalaman yang dilalui ini sangat peribadi dan sangat beremosi, yang sukar menjadikannya satu cerita yang mudah dikongsi.

Keputusan untuk berkongsi sedikit ini adalah sebagai tanda terima kasih kami kepada SEMUA yang telah membantu dalam segala segi dan menjadi rantai sokongan di sekeliling kami sekeluarga... sesungguhnya Allah jua yang akan membalas segalanya.

Terima kasih.


24.12.2011 : #princessqina

Friday, December 19, 2014