Friday, January 23, 2015

#jejaksemula2012diapsh - 23.01.2012 Hati Nak Main, Badan Letih


Hati positif melihat perkembangan adik yang walaupun perlahan tapi menujukkan tanda-tanda pemulihan. Hampir dua minggu dari prosedur membuang kulit mati dari badan, kami melalui hari-hari mencabar kerana jahitan di kulit yang kembali tertetas. Akibat dari luka yang besar, jahitan mencantumkan dua bahagian kulit menarik kedua-duanya menjadi sangat tegang dan keadaan tersebut tak mahu kekal lama. Jahitan sedikit demi sedikit tertas dan luka terbuka kembali.

Tapi adik semakin bersemangat ... kembali bercakap-cakap dan mahu bermain. Walaupun cepat letih, dia mahu turun dan berjalan-jalan di dalam bilik. Sudah mahu bermain dengan mainan dan mewarna.

Terima kasih PakSu hadiahkan Sweater Indonesia!

Thursday, January 15, 2015

#jejaksemula2012diapsh - Makanlah Apa Saja Adik...

Salah satu cabaran utama yang dihadapi ialah luka besar #princessqina bermakna banyak zat makanan yang di ambil akan di salur untuk menyembuhkan luka. Memberi dorongan dan membangkitkan selera Adik untuk makan memang menjadi satu ujian apatah lagi dengan menu hospital yang terbatas. Menu APSH sebenarnya baik dan Adik memang sangat sukakan Yakult tetapi menu yang berulang-ulang agak membosankan. 

Adik positif dengan selera untuk makan jadi apa saja yang di minta mesti sedaya upaya cuba untuk dipenuhi ... terutamanya bekalan tempe yang tak pernah putus dari MamaTok & CikSu ... :)



Monday, January 12, 2015

#jejaksemula2012diapsh - Back On Her Feet!

12.01.2012 was a big milestone because we were able to let #princessqina to leave her bed for the first time. Heavily bandaged around her body, she was able to walk a few steps and happy to be able to move within the room. Her legs are notably weak and she was quickly tired, but we were so happy that she's finally up on her feet again ...


Sunday, January 11, 2015

#jejaksemula2012diapsh - Nervous Again!

Septic shock left #princessqina with two huge wounds on her back and right side below armpit. According to doctor, inadequate blood circulation has caused skin damage at the two parts of the body (The skin basically dead).

So on 11.01.2012, after much consultation with doctor, we agreed for her to undergo surgery to basically scrape off the dead skin ... Words can't describe the feeling of having to consent her to go under knife having seen what she has already gone through ...



Saturday, January 10, 2015

#jejaksemula2012diapsh - Hari Jadi Yang Sukar

Mengatakannya sebagai hari jadi yang tidak bermakna adalah tidak benar. Memang tidak ada sambutan dan ceria biasa yang mengiringi sambutan hari jadi Ummi kali ini. Tapi menyambutnya bersama insan yang kami sangat hargai adalah terpenting walau di mana sekalipun. Maka takdirnya kali ini ia di hospital.

Kami bergembira juga seadanya di dalam bilik yang terbatas itu, serba serbi ringkas tapi kami semua gembira bersama-sama. Untuk dia #princessqina ... kami sediakan sofa di tepi jendela, untuk dia menjengah kembali ke dunia luar selepas beberapa lama...

Sekeping gambar yang menyentuh hati ...


Selamat Hari Lahir!


Friday, January 9, 2015

#jejaksemula2012diapsh - Dia Sangat Keletihan

Beberapa hari selepas #princessqina berpindah semula ke 638 dari ICU adalah tempoh yang sangat terkesan untuk kami. Melihat perubahan susuk tubuh yang susut sebegitu mendadak didalam tempoh hanya beberapa hari sangat menghibakan.

Adik yang biasanya sangat lincah hanya terbaring sepanjang masa dan sekali sekala duduk dengan beralaskan bantal sebagai sokongan. Luka besar di bahagian belakang dan sisi tambah merumitkan dan membataskan pergerakan. Dunianya hanya terbatas di atas katil.

Sekali sekala dia mahu bermain dan mewarna tapi jelas tidak lama kerana cepat keletihan...


Tuesday, January 6, 2015

#jejaksemula2012diapsh - 638

Wheeling her out of ICU to 638 (Practically our home since 29.12.2011) was a huge moment and a huge relief. Alhamdulillah blessed by Du'a of everyone, she passed through that critical stage and it felt like a significant first step of #princessqina  recovery journey.

#princessqina with her favourite 'GiGi' the Giraffe

Can't describe how grateful I am to be able to this with her again

Monday, January 5, 2015

#jejaksemula2012diapsh - Alhamdulillah... Lega Sebuah Hati

Resah dan debaran panjang kami sejak adik 'tidur' lama berakhir pada tarikh ini 5hb Januari 2012. Tempoh 1hb Januari hingga akhirnya #princessqina kembali membuka mata rasanya tersangat panjang.

Pandangannya lemah, letih dan lesu. Mahu senyum tapi tawar dalam upaya yang sudah tiada. 

Tapi kami syukur, lega dan gembira seadanya... mengetahui yang dia kembali...


Kerana ini ... kami faham seriusnya suatu kondisi perubatan bernama septicamea, septic shock dan sepsis ...

Sunday, January 4, 2015

#jejaksemula2012diapsh - Ini Rupanya Sepi...

Bangunlah Adik ... Babah Rindu ... saya nukilkan dalam masa-masa yang kalau boleh saya katakan dunia bergerak terasa teramat perlahan, menunggu bila dia akan bersuara menyapa kami semula. Tidurnya sangat panjang seakan tak berpenghujung. kami memujuk hati yang dia berehat mencari kekuatan untuk kembali.

Sungguh hebat ujianMu ... tetapi kami syukuri pengajaran dan pengalaman yang kami tuai dengannya ...





Bilik kecil ini sejuknya mencengkam sampai ke tulang. Baju tebal dan sarung kaki tak daya menebat suhu dingin yang menular sampai ke hujung kaki. Tapi bukan rasa sejuk yang menusuk hati ...
Bilik ini sepi tak bersuara. Sunyi dinihari hanya diganggu bunyi mesin yang bercerita entah apa celotehnya. Yang menggamit mata hanyalah garisan-garisan hijau, biru dan kuning yang turun naik sepanjang masa. Sesekali bacaan merah yang berkedip meresahkan mata, jiwa dan raga. Meski mengantuk, mata melekat pada bacaan yang bercerita ... cerita sengsara bertarung melawan dugaan yang menimpa ... 
Masih terbaring tak bermaya di atas katil adalah dia ... dunia saya dan permata hati dan jiwa. Macam mana hendak digambarkan rasa melihat dia dengan wayar penuh didada. Dengan tiub yang bukan satu dua, menembusi kulit dan rongga masuk kedalam badan. Dengan luka melata di serata pelusuk anggota. Bermacam cecair, ubat, platlet dan entah apa saling mengambil giliran melalui picagari, tiub dan jarum yang serba ada. Semuanya, buat hati rasa kerdil dengan ujian yang Esa ...
Terperosok di sudut ini adalah saya. Menanti dia bangun dan senyum semula. Kerana dia saya harungi semuanya. Bangunlah adik ... Babah rindu ...

Thursday, January 1, 2015

#jejaksemula2012diapsh - Bukan Demam Biasa

Suhu tinggi yang di alami adik rupanya kerana demam campak atau demam pelentung. Itulah yang kami agak sejak ternampak bintik-bintik ruam kemerahan selepas beberapa hari demam dan akhirkan di sahkan oleh doktor.


Gusar mula mengganggu bila kondisi adik kian merosot dan mula mengakibatkan adik tidak buang air dan tekanan darah mulai lemah. Beberapa cubaan mendapatkan sampel darah tidak berhasil kerana tekanan yang lemah. Situasi semakin menggusarkan dan kami di terjah dengan kebimbangan yang bukan main-main bila dimaklumkan adik perlu dimasukkan ke ICU.