Thursday, January 1, 2009

Salam Maal Hijrah 1430 & Happy New Year 2009

Salam Hijrah 1430 & Selamat menyambut Tahun Baru 2009. Lama tak menjengah ke blog sendiri dan tak 'post' apa-apa sejak cerita Qais & Maksu. Bukan sebab sibuk dan menyibukkan diri dengan urusan-urusan yang tak tentu hala, tapi kadang-kadang musim 'kemarau idea' berpanjangan dan tak berpenghujung. Motivasi nak memerah idea pun turut sama susut bersama-sama idea yang dah lama surut.

Tahun baru kali ini dah 'tercemar' dengan peluru-peluru dan bom-bom Israel yang menghujani bumi Palestin. Belum lagi si Obama sempat duduk di pejabat Oval yang diidam-idamkannya itu, si Israel sudah mencucuh peluru dan bom ibarat bunga api marak jatuh dari langit bumi Palestin. Dan masyarakat dunia pun berbondong-bondong bermesyuarat mencari penyelesaian dan mengutuk perbuatan laknat Israel. Sementara menunggu masyarakat dunia duduk berbincang dan minum2 ... anak kecil Palestin terpaksa terus mengutip batu jalan dan menghayun kederat dua tangan untung2 ada askar Israel yang 'tumbang' ...

Tahun 2009 ini juga diberitakan oleh semua media dan tukang-tukang penyampai berita cerita dan cereka bahawa ekonomi dunia dilanda kemelesetan dan kegawatan. Bila industri bernilai billion dollar gawat, ekonomi negara pun katanya akan sama penat dan kena dirawat. Ekonomi rumahtangga pun samalah mula sendat dan melarat. Minta2 lah pemimpin kita rajin melihat2 dan melawat2 kalau ada yang hidup merempat. Tak payahlah tunggu tanah dah runtuh baru nak melompat dan bermesyuarat.



Untuk diri sendiri, moga tahun baru jadi lebih bererti dan berseri. Jadi pemangkin untuk lebih mendekatkan diri, biar jadi hamba yang dirahmati dan diberkati. Jadi peringatan supaya cepat mencari dan mengenal diri.

Salam Hijrah 1430.

1 comment:

Lenny said...

salam maal hijrah... and happy new year too... selamat menanti kelahiran puteri sulung...