Tuesday, October 20, 2009

Herrmmmm ...

Sekitar jam 9.45 malam tadi, kami sekeluarga di dalam kereta menuju Hulu Kelang. Rancangannya hendak bermalam di rumah AyahTok sebab ada kerja yang memerlukan saya bermalam di Legend Kuala Lumpur. Dalam riuh rendah melayan kerenah Qais & Qina ...

Babah: Macam mana kita nak tidur di rumah AyahTok malam ni? (Memikirkan kami akan terpaksa bersempit-sempit di atas katil)
Ummi: Babah takpe la, satu malam je ... lepas tu Qais Babah tidur sedap di hotel ...

Babah: Macam mana kita nak tidur Qais?

Qais: Kita semua tidur kat atas katil laa ...

Babah: Muat ke?

Qais: Camni ... Ummi dengan Babah tidur diam, Qais tidur keroh ...

Babah: Tidur keroh?

Qais: Tidur keroh laaa ... (Dengan muka selamba penuh yakin)
Babah & Ummi: ??????????


Selang beberapa minit ...

Babah:
Qais, lompat tu apa?

Qais: Jump
Babah: Lari?

Qais: Run
Babah: Jalan?

Qais:
....... menggaru kepala .... Jalan tu apa Bah?

Babah: Jalan is walk

Qais:
Haa walk

Babah: Berenang?

Qais:
Swim

Babah: Makan?

Qais:
Makan tu lunch.

Babah: No. Makan tu eat ...

Ummi: Lunch tu makan tengahari. Kalau makan malam?

Qais: Nasik!
Hahahahaha .... sampai menangis .... AL-KISAH

No comments: