Lepas lebih dua minggu dari cubaan pertama mencantumkan luka di badan adik, jahitan di kedua-dua luka tertetas. Cabaran dengan luka terdedah ialah setiap hari ianya perlu di cuci untuk mengelakkan jangkitan. Setiap pagi dan petang kami terpaksa memujuk adik menahan kesakitan dan keperitan proses itu. Mujur dia tidak meronta-ronta. Cekal meski perit menahan sakitnya hanya Allah yang Maha Tahu ...
Hari ini kami kembali ke bilik bedah untuk cubaan kedua. Membayangkan prosedurnya sahaja sudah mengilukan dan memilukan hati. Tapi cekal lah demi kesembuhan semula yang sangat-sangat kami harapkan. Melihat adik mengharunginya memang tersangat berat, tapi kamu mahu seperti dulu semula ...
Segalanya berjalan lancar dan kami mengharapkan supaya kali ini ianya berjaya.
No comments:
Post a Comment