Friday, February 22, 2008

Makan Angin Pulau Langkawi!

Plan nak bercuti ke Langkawi ni sebenarnya dah lama dirancang. tapi selalunya mesti cancelled last minute sebab tak boleh nak accomodate everybody. Jadi memandangkan trip ke Langakawi ni sebenarnya nak bawak 'Nenek' Qais berjalan-jalan ... finally kami semua decide to proceed with the trip time Federal Day arituh sebab kalau nak tunggu lagi agaknya sampai bila2 pun tak sampai Langkawi. Lagi lambat pergi lagi banyak idea & list shopping Ummi. Jadi baik lah pergi awal supaya muat kapal terbang bila nak balik nanti :).

Memandangkan kalau nak drive all the way to Kuala Perlis mahu ambik masa 5 jam dan Nenek & Tok sure akan kebas pun*gun*, baik lah semua naik flight jek. Pilihannya dah tentu la AirAsia. Untuk nak elakkan daripada berebut2, kami semua ambil express boarding, nenek tak payah bayar extra sebab senior citizen & qais dapat half price. Ummi & maksu la terpaksa lari macam 'sprinter' nak dapatkan seat yg best sebab by the time kitorang sampai kat aircraft tu, passenger biasa pun dah mula sampai ... tak rasa macam express boarding langsung terutamanya kalau bawa elderly!. maybe AirAsia should reconsider the option or maybe introduce seat number jek. Lagipun, selalunya time boarding tu semua passenger berebut2 macam budak sekolah nak beli kuih di canteen!

Kami dapat good bargain untuk kereta. RM130 for a Serena ... OK lah kiranya. Langkawi dah banyak berubah compared to the last time I was there. That was about 3 years ago and Langkawi dah banyak pembangunan & maju. Ada banyak kedai2 di bina & dah banyak kemudahan. paling bagus ialah highway yang menghubungkan both side of Langkawi, sebelah Kuah dan Padang Mat Sirat/Pantai Cenang. Memang memudahkan. Jarak perjalanan dah jadi dalam 20 minutes. Pekan Kuah pun pesat berkembang dengan projek2 melebarkan jalan & reclamation di pesisir pantai ... pesat sungguh.

Malam pertama sampai tu kami semua dinner di Jai's Island cafe. Sebab ramai yang kata sedap & banyak postings tentang cafe ni. Kalau ikut aku ... hari2 makan seafood di Bukti Malut. Makanannya 'Boleh tahan' & portionnya besar. Memang kenyang makan dan sampai tak terhabis-habis.

The next day, kami cover the whole island dari cable car, Telaga Harbour, Pantai Cenang, Beras Terbakar, Makam Mahsuri, Hot Spring & Tanjung Rhu (Semua dalam satu hari). Ada attraction baru di cable car iaitu jambatan gantung betul2 dekat tip of the mountain ... cantik! Cuma nak pergi boleh sengal tempurng lutut. Qais Amiir jadi budak yang paling baik dalam cable car sampai tangan pun tak nak lepas. Gayat sampai semua orang tak bleh berdiri dalam cable car.

Tempat2 lain lebih kurang sama je. Tak ada banyak perubahan. Hot Spring dah tak berapa panas. yang panasnya bila qais amiir basahkan seluar sebab nak ikut Tok & nenek rendamkan kaki ... panas! panas! habis semua basah. Alang2 dah basah kami biarkan dia melayan perasaan sambil buat breast stroke kat Pantai Cenang. First time mandi air masin.

Second day, agaknya apa lagi kalau bukan shopping seharian di serata tempat di Langkawi ... nasib baik dah dekat sepuluh kali datang Langkawi, jadi semua venue shopping dah tahu ... kalau tak mahu tiga hari baru habis! senarai shopping ummi panjangnya sama dengan runway airport ... dari vision sampailah ke sudu garpu kiriman orang. Agaknya Idaman Suri boleh holiday awal untuk chinese new year sebab sales target dah boleh capai. Itu kira nasib senarai shopping ummi tak macam senarai makcik yang aku nampak sampai Idaman Suri tak cukup plastik. Agak2 kalau custom nak check satu2 mau delay flight makcik tu dua hari.

Sampailah lewat petang kami terus shoot to Airport. Sementara menunggu time nak fly ... sempat lagi makan laksa power kat mana lagi kalau bukan kat tepi airport sambil tengok sunset. Tiga hari di Langkawi untuk tahun 2008. Bila lagi nak pergi? Ntah lah!

1 comment:

Lenny said...

ahahhaha.. termasuk kiriman aku la tuh.. pesan coklattt... hahaha..

thanks ika belikan coklat2 tuhh..
kinder bueno tuh aku sempat makan seketul je ko tauu.. lain Yang Sr and Yang Jr yg bedalllll...

sabo je laaa