Setiap kali ada kemalangan, timbullah macam2 suara yang bingit bercerita disini sana, bertalu-talu bercakap ada kepincangan yang kena dibetulkan, ada penguatkuasaan yang tak berkesan, ada bas yang tak sempurna kenapa dibiarkan berjalan, ada pemandu mabuk, dadah dan berkhayalan, ada syarikat-syarikat bas yang berlumba menimbun kekayaan, ada pemandu yang berkali-kali disaman ... macam-macam cerita dan macam-macam perkara yang selagi boleh nak dibangkitkan. Semua tak betul dan semuanya kena di’betul’kan.
Tak pernah pulak kedengaran pertanyaan-pertanyaan mungkin pemandu bas ‘tak cukup makan’, mungkin ppenumpang-penumpang dalam bas wajar ‘ditali pinggangkan’, mungkin yang kta perlu kesedaran & pendidikan, mungkin jugak latihan dan peringatan, yang dah banyak saman perlu dibawa ke ‘pengadilan’. Kan lagi elok kalau pemandu, pengusaha bas dan penguatkuasaan duduk semeja berbual-bual mesra. Boleh jugak dengar pendapat dan cerita, boleh luahkan semua yang dirasa, boleh sama-sama berusaha. Biarlah kali ini yang nak balik berhari raya, semuanya sampai dalam suasana yang ceria dan gembira.
Ramai dari kita mungkin tak naik bas atau dah tak nak naik bas atau dah tak perlu naik bas sebab ada kenderaan yang lebih ‘class’. Tapi risau jugak walaupun kita tak naik bas, bila memandu di jalan raya ... anak yang baru petah bercakap menunding jari, “Tuuu bas, uuuu lajunye basss ....”. Lagi pulak, bila dibelikan mainan lori dan bas ... jadinya serupa cerita Merapuh dan Bukti Gantang!
No comments:
Post a Comment