Pagi tadi lebih kurang jam 11.00 pagi Ummi berlepas dengan rakan-rakan sepejabat ke Johor Bharu untuk misi 'melawat-lawat' CommunicAsia 2008 di Singapore Expo. Banyak petua-petua dah diberi sejak malam tadi beserta 2 map Singapore untuk digunakan. Dengan alasan untuk menjimatkan perbelanjaan Syarikat, Ummi dan rakan2 tidak dibenar bermalam di Singapore kerana kos yang mahal, sebaliknya di suruh bermalam saja di Johor Bharu dan masuk ke Singapore awal pagi esok untuk ke exhibition. Hairan juga bila majikan kepingin sangat hendak jimatkan SD150 sampai sanggup biarkan kakitangan bersesak2 awal pagi di Woodland. Kata Malik (Yang disampaikan kepada Malik oleh adik Aiza), Woodland sesak saban pagi dengan ribuan orang yang berulang alik bekerja. Sudah juga dipesankan kepada Ummi tadi supaya segera masuk di awal pagi untuk mengelakkan nanti terpaksa bersesak-sesak.
Jadi malam ni, tinggallah Qais Amiir terpaksa tidur tanpa Ummi. Qais bukannya tak biasa tidur tak ada Ummi, cuma dah jadi 'habit' setiap malam akan cari Ummi sewaktu nak tidur, tak puas dan tak lena tidur kalau tak dapat 'menyelit-nyelit tangan di bawah badan Ummi. Habis semua satu badan 'diraba-raba' dalam gelap dan dengan mata yang dah terpejam.
Qais Amiir dah tidur lama tadi, lepas letih 'membelek' speaker set bilik PakChik. Leka melayan 'dunia' sendiri membayangkan dia memandu fighter jet ... sibuk mintakan handphone Babah sebab nak menelefon 'Asoka' hero Ultramannya. Lepas letih bermain & melayan video call Ummi dari Danga Bay ... terus dia tidur.
Sibuk2 'browsing', teringat pulak blog ni yang dah lama tak di'update'. Dah makan berbulan ... agaknya kalau rumah dibiarkan terbiar dah bersawang. Kebelakangan ni, tuntutan kerja rasa sangat memberatkan & mengusutkan 'akal fikiran'. Terlalu banyak perkara yang hendak dibuat tetapi tak tahu dimana patut dan sewajarnya nak dimulakan. Sebab tu selalu rasa 'malas' dan 'keletihan' nak update. Agaknya bila dah mula kembali ni, hendaknya rajinlah kembali nak berkongsi semula cerita ...
p/s: Bila memikirnya Ummi yang berada di Singapore ... teringin pulak rasanya nak pergi lagi bawak Qais ke Zoo & Night Safari ... Zoo Singapore yang dikunjungi dulu SANGAT CANTIK DAN BERSIH!
2 comments:
Korang.. congrats :)
happy sgt!
hehehhe...
dulu masa pegi... Qais dalam perut lagik kan...
jom SG jom! ahahhahaha...
Post a Comment