Wednesday, June 18, 2008

BiLa AyahToK TenggeLaM ...

Kerana hari ini tak ada banyak kerja yang perlu disiapkan segera dan tahap produktiviti pun dah menurun sejak jam 4pm, langkah paling bijak yang boleh diambil ialah capai beg dan bergegas pulang. Setidak-tidaknya kalau sampai awal dirumah, boleh juga berehat-rehat sambil melayan karenah Qais Amiir bermain. Biasanya kalau di rumah Lembah Keramat, Qais ada Nazilah untuk dibuat kawan main petang. itupun masih malu2 ...

Sampai dirumah suasana lengang. Bayang Qais pun tak nampak diluar. Rupa2nya semua sibuk didalam sebab rumah Ayahtok blackout disambar petir. Hujan taklah begitu lebat awal petang tadi, cuma guruh yang kuat berdentum sampai mengejutkan ramai di pejabat. Wiring tingkat atas rumah Ayahtok rosak teruk. Sebahagian wiring di roof terbakar & melted. Roofing cover aluminium foil untuk heat resistance semuanya habis hangus terbakar sampaikan roof tiles dah jadi hitam. Alhamdulillah tak ada apa2 yang tak diingini berlaku. Semuanya selamat cuma terpaksa bergelap sekejap di tingkat atas.

Qais Amiir sama2 sibuk dengan orang lain yang ke hulu ke hilir memeriksa switch & wall plug. Dalam sibuk2:



Qais: "Babah, Ayahtok tenggelam ..."


Babah: "Hah?"


Qais: "Babah Ayahtok tenggelam la Babah"


PakNgah: "Ayahtok bukan tenggelam ... tenggelam tu ke bawah"


Qais: "Bukan tenggelam ke bawah la PakNgah ... Ayahtok tenggelam ke atas saje"


Babah: "Heh??"


Qais: "Iye Ayahtok tenggelam ke atas tu ..."

Rupa-rupanya dia menuding jari ke arah Ayahtok yang tengah memanjat tangga ke siling, sebahagian badan ayahtok dah tak nampak sebab dah masuk ke dalam lubang siling ...

p/s: Walaupun puas dibetulkan, Qais tetap berkeras yang Ayahtoknya tenggelam ke atas ...

5 comments:

Unknown said...

kah kah! ada2 ajeeee laa si Qais ni.. tergelak barai kat sini..

Anonymous said...

Hahaha! bayangkanla kitorang yang dengar dia cakap ni. Memang pecah perut. Belum lagi dengar dia membebel kredit habis walaupun Ummi yang telefon ke FIXED LINE! kredit Qais yang habis ..

Lenny said...

hahahhaha....

sabo je la... tenggelam...

tapi kalau kirekan... btul jugak apa..
dah tak nampak kan.. tenggelam lah..

bijak.. bijak...

Latifah Suaib said...

waakkkaaaaakkaaaaa......

Anonymous said...

cerdik-cerdik..
dgn pendedahan sebegini.. besau nnt
boleh jadi angkasawan ni..