Thursday, August 28, 2008

HeLLo E71!


Last month, my old Nokia 6680 ive been using since like ages ago suddenly went 'mogok'. The screen turn blank & it refuse to turn on. I tried to change the battery and hard reset the phone but seems that it refuse to continue serving its owner ... Tak mengenang budi punya handphone!! (Ker tuannya yang tak mengenang budi??)
Pity to myself for not having a phone to 'survive' in this communication era (And not wanting to be laughed at) ... i decided to treat myself with a little birthday present. So everybody, says hello to my new Nokia E71! Ngehehehe ....

Bought this slim little gadget together with my sister's laptop about a month ago and im hooked ever since ... It may not be as glamorous as its cousin from NSeries but this toy is definitely without a doubt one of the best rated Nokia model (At least by me!).

Screen is slightly small but sharp, its blok (I hate slider & flip phone), the size is just nice for my palm, super slim but not too light ... i can feel the phone, qwerty keyboard small & compressed but not a problem ... i have small fingers, no touch screen meaning no stylus (And meaning i can still sms while driving :)) ...
It also has 3.2 mp camera with AF, email, GPS, Quickpffice, Adobe PDF, zip, wifi and 2 mode i.e. work & personal. So i will be blogging from my mobile soon! (Ceh! semangat je yg lebihh!)

Luv this bebeh! & TQ! me ...

Saturday, August 23, 2008

BiLa Dia MenYanYi

sekarang ni ummi sibuk mengajar si anak menyanyikan lagu2 rakyat supaya vocab anak bertambah luas. Tapi inilah jadinya bila Qais Amiir yang kreatif lupa lirik dan menambah2 sendiri apa yang dia tahu:

Air pasang malam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Pokok bunga melur tanam tepi batas
Itik makan bunga ayam makan bunga
Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah jatuh dalm parit
Naik keretapi pergi Langkawi
Dapat bini comei menyuruk kat belakang

Friday, August 1, 2008

10.07.1986

Memang jadi rutin harian setiap pagi, Tokwan akan jemput dan hantar ke sekolah setiap pagi sekitar jam sebelas. Semenjak sakit Abah semakin teruk dan Mak cuti bersalin, Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau jadi tempat sementara 'mencari ilmu'. Kerana tak ada sesiapa yang boleh menjaga kami di Lenggong, lebih mudah rasanya berpindah sementara ke Sekolah di Kuala Kurau dari tinggal bersama pengasuh di Lenggong.

Hari ini tak macam biasa ... Tokwan sampai sedikit awal di rumah Nenekwan (Moyang). tergocoh-gocoh dia memanjat tangga dan bercakap sesuatu dengan Tok dan Mak. Tak lama kemudian ... aku bingkas diangkat masuk ke dalam motor dan Tokwan 'merempit' laju di batas sawah. Sampai di rumah Tokwan, orang nampak ramai dibawah rumah dan sibuk berbual-bual sesama sendiri. Aku terus dibawa naik ke bilik Abah di bilik tengah. Abah dah terbaring kaku & diselimut kain. Pakcik-pakcik sibuk berkira-kira mengalihkan Abah ke tepi. Paktam menggamit aku perlahan sambil menyuruh duduk.


"Abang bacalah apa-apa surah yang Abang tahu"

Aku bingung ... sambil memandang Abah, aku sambil membaca beberapa surah lazim muqaddam yang aku tahu. Rasanya saat-saat didalam bilik tu bersama Abah sangat lama dan kaku. aku duduk bingung dan keliru. Entah berapa lama aku didalam bilik, aku sendiri tak tahu. seingatku, bila aku keluar ke beranda, nampak Maksu Intan dan Pakcik Jalil berlari laju meluru ke rumah dari jalan. Maksu dan Pakcik masih lengkap berpakaian sekolah. tekaku baru diambil dari sekolah. Maksu sudah meraung kuat dan berjujuran airmata ... memang sayu benar sebab maksulah yang saban hari menjaga dan menemankan Abah yang sakit. Maksu seakan lupa diri dan tak berhenti-henti meraung memanggil Abah ...

Dibawah rumah nampak beberapa orang sibuk memaku keranda yang dibuat sendiri dari kayu. Itu memang aku ingat benar, kerana dari sudut itu aku nampak air bercucuran jatuh dari lantai bilik Abah. Biasanya Abah mandi disitu. aku naik semula ke bilik dan sekadar dapat memerhati dari celahan ramai Abah dimandikan.

Sesudah dimandikan Abah di kafankan di anjung rumah. Aku nampak Mak duduk di tepi almari besar buku Abah dengan adik di riba. Yang kekal dalam ingatan aku ialah muka-muka hiba pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang mengucup Abah (Kali yang akhir). Aku faham abah dah pergi meninggalkan kami. Aku faham selepas lama menderita sakit Abah akhirnya tenang bertemu Ilahi.

Tarikh 10 Julai 1986 kekal sebagai tarikh sedih dalam kisah hidup kami semua. Tak ada lagi pandangan Abah gigih berusaha kembali berjalan dengan pemegang yang dibuat di anjung rumah. aku tak akan mengaji lagi setiap malam di dalam kelambu. Kami tak akan berulang alik lagi setiap minggu dari Lenggong ke Kuala Kurau demi Abah. Abah menderita cukup lama. Abah pergi juga menuruti adik bongsu kami yang mendahului dua minggu sebelumnya ...

itulah kenangan terakhir yang paling abadi ... menimbuskan tanah di pusara Abah bersebelah pusara Adik.


10 Julai 2008 ... dua puluh dua tahun menanggung rindu & mengenang setiap saat tujuh tahun bersama ... Alfatihah buat Abah!
AbuQais: Selepas hampir sepuluh tahun ... aku mengerti betapa luluhnya kehilangan dua orang tersayang dalam masa yang hampir sama ...