Memang jadi rutin harian setiap pagi, Tokwan akan jemput dan hantar ke sekolah setiap pagi sekitar jam sebelas. Semenjak sakit Abah semakin teruk dan Mak cuti bersalin, Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau jadi tempat sementara 'mencari ilmu'. Kerana tak ada sesiapa yang boleh menjaga kami di Lenggong, lebih mudah rasanya berpindah sementara ke Sekolah di Kuala Kurau dari tinggal bersama pengasuh di Lenggong.
Hari ini tak macam biasa ... Tokwan sampai sedikit awal di rumah Nenekwan (Moyang). tergocoh-gocoh dia memanjat tangga dan bercakap sesuatu dengan Tok dan Mak. Tak lama kemudian ... aku bingkas diangkat masuk ke dalam motor dan Tokwan 'merempit' laju di batas sawah. Sampai di rumah Tokwan, orang nampak ramai dibawah rumah dan sibuk berbual-bual sesama sendiri. Aku terus dibawa naik ke bilik Abah di bilik tengah. Abah dah terbaring kaku & diselimut kain. Pakcik-pakcik sibuk berkira-kira mengalihkan Abah ke tepi. Paktam menggamit aku perlahan sambil menyuruh duduk.
Aku bingung ... sambil memandang Abah, aku sambil membaca beberapa surah lazim muqaddam yang aku tahu. Rasanya saat-saat didalam bilik tu bersama Abah sangat lama dan kaku. aku duduk bingung dan keliru. Entah berapa lama aku didalam bilik, aku sendiri tak tahu. seingatku, bila aku keluar ke beranda, nampak Maksu Intan dan Pakcik Jalil berlari laju meluru ke rumah dari jalan. Maksu dan Pakcik masih lengkap berpakaian sekolah. tekaku baru diambil dari sekolah. Maksu sudah meraung kuat dan berjujuran airmata ... memang sayu benar sebab maksulah yang saban hari menjaga dan menemankan Abah yang sakit. Maksu seakan lupa diri dan tak berhenti-henti meraung memanggil Abah ...
Dibawah rumah nampak beberapa orang sibuk memaku keranda yang dibuat sendiri dari kayu. Itu memang aku ingat benar, kerana dari sudut itu aku nampak air bercucuran jatuh dari lantai bilik Abah. Biasanya Abah mandi disitu. aku naik semula ke bilik dan sekadar dapat memerhati dari celahan ramai Abah dimandikan.
Sesudah dimandikan Abah di kafankan di anjung rumah. Aku nampak Mak duduk di tepi almari besar buku Abah dengan adik di riba. Yang kekal dalam ingatan aku ialah muka-muka hiba pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang mengucup Abah (Kali yang akhir). Aku faham abah dah pergi meninggalkan kami. Aku faham selepas lama menderita sakit Abah akhirnya tenang bertemu Ilahi.
Tarikh 10 Julai 1986 kekal sebagai tarikh sedih dalam kisah hidup kami semua. Tak ada lagi pandangan Abah gigih berusaha kembali berjalan dengan pemegang yang dibuat di anjung rumah. aku tak akan mengaji lagi setiap malam di dalam kelambu. Kami tak akan berulang alik lagi setiap minggu dari Lenggong ke Kuala Kurau demi Abah. Abah menderita cukup lama. Abah pergi juga menuruti adik bongsu kami yang mendahului dua minggu sebelumnya ...
itulah kenangan terakhir yang paling abadi ... menimbuskan tanah di pusara Abah bersebelah pusara Adik.

"Abang bacalah apa-apa surah yang Abang tahu"

10 Julai 2008 ... dua puluh dua tahun menanggung rindu & mengenang setiap saat tujuh tahun bersama ... Alfatihah buat Abah!AbuQais: Selepas hampir sepuluh tahun ... aku mengerti betapa luluhnya kehilangan dua orang tersayang dalam masa yang hampir sama ...
5 comments:
sedih..
huk... sedihnyer.. sakit tekak tahan nangis sbb baca kat opis..:(
Alfatihah buat arwah adik dan abah...
Alaaa..np wat cite sedih nii..kan dh nangihh!!..
Dear Zai,
Entry yg sgt menghimpit perasaan. sedih.. Alfatihah buat kedua arwah..
Dear all:
Thank you for ur wishes. Memang kadang2 sedih bila teringat, tapi it makes us appreciate life and people more. we treasure every moment we had together.
Post a Comment