Sunday, March 6, 2011

BeNci Si PeNyiaR BerBaYaR YaNg boNgkak iTu ...

Cerita benci dengan sikap penyiar yang yang bongkak dan endah tak endah itu bermula apabila beberapa saluran di rumah tiba-tiba dilanda gangguan isyarat semacam tergendala. Biasalah bagi pelanggan penyiar yang satu ini, kalau hujan memang selalunya tergendalalah siaran dek gelombang yang terhalang dan tersimbah hujan. Peliknya kali ini tidak semua siaran mengalami masalah yang sama. Hanya beberapa siaran sahaja yang semacam 'ditimpa hujan'. setakat pengetahuan cetek yang ada saya meneka mungkin masalah isyarat atau 'kuali'.

Kerana tak ada sebarang perubahan setelah beberapa hari, saya memutuskan untuk menghubungi penyiar. Panggilan pertama kepada pusat khidmat pelanggan penyiar itu dibuat pada 14 Februari 2011. selepas memberikan butiran akaun, menerangkan masalah dan memberikan butiran untuk dihubungi, saya diberikan nombor tiket masalah dan dijanjikan bahawa 'technician' penyiar tersebut akan datang ke rumah dalam tempoh 48 jam.

Menjelang 3 Mac 2011, jangankan 'technician' yang dijanjikan, panggilan balas daripada penyiar pun langsung tak diterima! tempoh 48 jam yang dijanjikan sudah berlarutan lebih 2 minggu. Masalah tidak selesai dan penyiar pun TIDAK PEDULI HENDAK AMBIL ENDAH MASALAH SAYA. KALAUPUN TIDAK PEDULI, APA JADI PADA TIKET MASALAH SAYA? DITUTUP? SELESAI?

Terganggu dengan masalah yang tak nampak penyelesaiannya ini, satu lagi panggilan dibuat pada 3 Mac tersebut. Selepas memberikan nombor tiket masalah saya, shima (bukan nama sebenar) CSR penyiar yang menyambut panggilan saya 'sibuk' menyusuri SOP customer service nya dari memahami isu saya. Pengesahan demi pengesahan, dan saya kembali terpaksa 'berhikayat' panjang menceritakan semula masalah saya yang jelaslah masih belum jelas kepada mereka.

Sesudah 'menyedari' bahawa isu saya melibatkan teknikal, saya di pindahkan kepada CSR bernama Wani (Bukan nama sebenar) yang sejurus menerima panggilan saya kembali meminta penjelasan berhubung masalah saya. Lucunya apabila saya dimaklumkan yang saya telah disilap pindahkan kerana beliau bertanggungjawab terhadap pelanggan kuali hitam dan bukan kuali kelabu seperti saya. Saya di pindahkan sekali lagi kepada Hani (bukan nama sebenar) yang sudah-suadahnya sekali lagi berjanji bahawa technician penyiar itu akan menghubungi saya didalam tempoh 48 jam ...

Daripada panggilan kedua dibuat pagi 3 Mac 2011 sehingga 'entry' ini dikarang jam 2 pagi 6 Mac 2011 ... MASIH HAMPA!! PENYIAR TIDAK PEDULI PUN HENDAK BERHUBUNG ...

WHAT A BLATANT DISREGARD OF CUSTOMER PLIGHT!!

2 comments:

navaho said...

aku pernah kena jugak simptom macam ni, few channels tak dpt signal, bukan semua channel, on any weather condition. Jadi camtu lepas tukar dr astro biasa ke astro b.yond. Hard to explain to cust service, sbb diorang mcm tak berapa percaya.. aku insist suruh jugak tech dia datang. Tech datang, betulkan position dish sbb tak berapa align dengan satelit (kot?).. problem solved.. hehe..

Unknown said...

Thanks navaho! Rasanya masalah yg sama juga. Tapi yang menyakitkan hati bukan lagi masalah signal tu ... tapi sikap Syarikat tersebut. It raised doubt to their level of customer service ...