Saya jujur mengakui
yang saya memang memilih didalam 'memberi'. Tidak mudah untuk mengakui hakikat,
tetapi saya memang selalu menilai 'yang meminta' terlebih dahulu sebelum
'memberi'. Kedekut atau tidak, saya banyak terpengaruh dengan pengalaman
sendiri yang dilalui dan membuat kesimpulan kerapkali tertipu dengan 'peminta sedekah' dan
'orang susah' di Kuala Lumpur yang macam-macam 'fe'el' nya. Lama-lama saya jadi
'memilih' untuk membantu dan kerapkali berusaha meyakinkan diri bahawa saya
perlu benar-benar pasti bahawa saya memberi kepada yang 'benar-benar perlu'.
Apabila berdepan
dengan situasi 'Memilih Untuk Membantu', saya sekali lagi terperangkap dalam
ruang lingkup pemikiran dan keperluan yang serupa. Betulkah lelaki ini perlukan
bantuan?
Jadi tersentak
dengan kata-katanya ...
"Macam nilah,
trust me as your muslim brother. Borrow me the money and give me your account
number. I will return to you the money today …"
Saya akhirnya memutuskan untuk membantu.
Mengeluarkan wang dan menyerahkan kepada beliau. Sedikit tidak saya terfikir
bahawa saya menyerahkan dengan 'hati yang berat dengan penghakiman dan desakan
untuk pasti bahawa dia memang benar-benar perlu dibantu'.
Kami bersalaman dan
masing-masing berlalu pergi. Dia dengan rasa besar hati dan syukur kerana
beroleh bantuan barangkali, dan saya yang masih dengan akal yang berlegar-legar
mencari pasti. Cerita saya berlalu tanpa sebarang jawapan hingga ke tengahari.
Kisah ini melekat di
hati dan mengubah sudut pandang saya selepas apa yang seterusnya terjadi.
Lewat tengahari saya
menerima SMS dari lelaki tersebut menyatakan rasa terima kasihnya kerana
membantu dan memaklumkan beliau sudah mengembalikan wang yang saya pinjamkan ke
dalam akuan saya beserta sedikit 'imbuhan lebih' tanda terima kasih. SMS itu
umpama dentuman guruh di hati yang saya tidak boleh ceritakan kesannya. Saya
pantas bergegas ke ATM dan memeriksa akaun.
Semuanya benar! Wang
saya beserta imbuhannya sekali!
Hari saya selepas
itu menjadi sangat panjang dan penuh dengan penyesalan, penilaian ke atas
tabiat buruk saya sendiri dan muhasabah diri kerana sibuk 'memilih untuk
membantu'. Asalnya berkira-kira untuk membantu, saya akhirnya jadi tidak
'gamak' untuk menyimpan semua duit itu lagi. Semuanya harus kembali 'diberi'
kerana ia bukan duit saya lagi.
KENAPA BERKONGSI?
Sangat berat untuk
berkongsi sebelum ini tetapi saya akhirnya terbuka hati untuk sama-sama
berkongsi pengajaran dari 'peringatan' yang dihadirkan kepada saya di hari
Jumaat tersebut. Kisah ini sudah berlalu hampir setahun dan saya banyak belajar
darinya. Dia hadir dalam kisah hidup saya hanya untuk 15 minit tetapi
pengajarannya saya bawa sampai bila-bila … TAK PERLU MEMILIH UNTUK MEMBANTU.
BERLAPANG DADA LAH BILA MEMBERI …
Thank you my muslim
brother ...
No comments:
Post a Comment