Sunday, November 9, 2008

Rindukan Maksu!

Sejak Maksu telefon minggu lepas, Qais tak putus-putus bertanyakan Maksu dan sibuk memujuk supaya dijemput Maksu dari Shah Alam. Mungkin sebab sudah lama sangat tak berjumpa & 'membuli' Maksu yang seorang tu. Kali terakhir berjumpa Aidilfitri lalu rasanya sudah agak lama dan dia sibuk setiap hari bertanya bila 'kita' nak ambil Maksu dari sekolah.


Janjinya bila sampai hari minggu, kami akan ke Shah Alam menjemput Maksu. Tapi Maksu dah 'blah' balik ke rumah MakTok di Lenggong. Bila diberitahu Maksunya tak ada di sekolah sebab balik ke rumah MakTok ... Qais tetap tak berpuas hati dan minta juga di ambil Maksu dari Shah Alam. Kerana sudah tidak ada jalan lain & hendak memujuk Qais yang asyik bertanyakan Maksu, Ummi & Babah berjanji untuk bawa Qais ke rumah Toksu. Tak dapat bermain dengan Maksu, dapat bermain dengan MakWa pun jadilah. Tambah seronok, minggu ini Paksu Ujang & Cik Tayah pun ada.

Dalam perjalanan ke rumah Toksu, kami singgah beli sarapan di Taman Bolton. Sambil menunggu roti canai yang dibungkus, sebab Qais masih sibuk bertanyakan bila nak sampai rumah Maksu, terpaksalah telefon ke rumah MakTok supaya sekurang-kurangnya dapat dia berbual-bual dengan Maksu.

Kerana marahkan Maksu yang balik ke rumah MakTok tak ajak Qais, inilah jadinya ... LETIH AGAKNYA MAKSU TERPAKSA MEMUJUK & DIMARAH QAIS!



Thursday, September 11, 2008

JetSeT RamadHan ...

I am typing this while in ERL to KL Sentral. Yes! 6.25pm one hour to berbuka and I am still in ERL. You might ask what is so terrible about that?? My Ramadhan this year turn to an unexpected Jetset lifestyle. I have been traveling since the second day of Puasa until today (Well except two days break and weekend). Yes I did returned home between the traveling but barely a day. Just maybe to show how bad it is … Qais has developed the habit of ‘nagging’ about me ‘missing’ … Luckily Ummi doesn’t mind explaining Babah is away working (Though she did also tell him that I am leaving them to stay in a nice hotel!). I am going home today for a nice long rest and a week break …. AND I WILL BE TRAVELLING AGAIN ON THE 25TH …. YES! While people busy preparing for Raya … I will be on the plane alone in the hotel … Huhuhu! Though maybe to console Ummi … we will have chocolate for Raya this year instead of kuih …. Tekalah kemana ku nak pergi????

Wednesday, September 10, 2008

SaLam RamadHan & HaPPy BirtHdaY QaiS!!

Rasanya belum terlambat lagi untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubaraq dan Selamat Berpuasa dan beribadah kepada semua. Belumpun rasanya lama Ramadhan yang lepas berlalu, Ramadhan 1429H menjengah kita semula. Semoga kita semua makin gigih berusaha dan beribadah untuk mendapat ganjaran yang sangatlah besar, walaupun selalu asyik dan sibuk dibuai kesibukan hidup. Untuk diri sendiri, harapnya Ramadhan Al-Mubaraq kali ini akan memberikan lebih keberkatan dan menguatkan semula semangat untuk mencari dan mengenal DIRI.

To our dearest son ... HAPPY BIRTHDAY!! Little Guy! You are now three years old :) Seeing him growing up and learning about life makes us realize how fast time fly and how far we have travel in this journey of life. Seems like not long ago we were little kids ourselves, eager to live life and fulfill our dreams. I see Qais Amiir now talking about how he wants to be a police, a doctor, a firemen, a soldier ... well most often he will say he wants to be Asoka, Ultraman Tiga, Ultraman Dyna, Ultraman Taro, Ultraman Mebius and sometimes to our bursting laugh he wants to work at Giant!! HEH?? May you grow up and be a great Muslim, a great servant of Allah and a Great Khalifah. Insya allah! Jadilah anak yang soleh macam arwah Tok Abah & MakTok. HAPPY BIRTHDAY!

Seronoknya Ramadhan kali ini sebab birthday Qais jatuh dalam bulan Ramadhan, jadi rasa macam special sikit ... muga2 apa juga yang dihajatkan akan dimakbulkan sempena keberkatan Ramadhan. Oleh sebab kami semua tinggal kat rumah AyahTok sejak sebulan lepas, maka celebration birthday Qais kali ini dibuat dirumah ayahTok saja. Takdalah apa2 celebration yang grand, cuma makan2 family macam selalu. Disebabkan ramai yang ada termasuk PakCik, Paksu, TokNyah, NekNyah, MakLong Ifa & MakNgah Ira, MamaTok masak nasi kerabu & PakCik grill ayam percik dan menu2 lain. Qais Amiir siangnya dah dibawa beli kek. Dia nak jugak gambar Pokemon di atas kek Chocolate Banana ... tu lah kuatnya pengaruh cartoon dalam hidup kanak2. Kadang-kadang risau juga bila difikirkan banyak pengaruh kurang baik yang mungkin dipelajari. Harapnya lebih banyak cartoon ala Upin Ipin yang lebih membina.

Dek kerana sibuknya sepanjang hari membeli kek, shoping dan memasak ... Qais tertidur sebaik sahaja berbuka puasa. Tak sempatlah nak potong kek. Ramailah muka2 frust tak dapat nak makan kek Qais sebab birthday boy dah tertido. Finally Qais hanya bangun sekitar jam 10pm lebih bila MamaTok kejutkan lepas semua balik terawih  Alahaiii Qais ...

Thursday, September 4, 2008

My FiRsT MobiLe bLoGGinG!

i am in ERL dragging my ass off to airport. disebabkan sangat boring dan mengantuk yang sangat tak boleh ditahan2 ... Maka idea pun muncul untuk update blog. So, Taaraaaa! My first mobile posting .... Yuhhuuu sangatlah bangganya .... Walaupun sebenarnya takda pape nak update :).

Thursday, August 28, 2008

HeLLo E71!


Last month, my old Nokia 6680 ive been using since like ages ago suddenly went 'mogok'. The screen turn blank & it refuse to turn on. I tried to change the battery and hard reset the phone but seems that it refuse to continue serving its owner ... Tak mengenang budi punya handphone!! (Ker tuannya yang tak mengenang budi??)
Pity to myself for not having a phone to 'survive' in this communication era (And not wanting to be laughed at) ... i decided to treat myself with a little birthday present. So everybody, says hello to my new Nokia E71! Ngehehehe ....

Bought this slim little gadget together with my sister's laptop about a month ago and im hooked ever since ... It may not be as glamorous as its cousin from NSeries but this toy is definitely without a doubt one of the best rated Nokia model (At least by me!).

Screen is slightly small but sharp, its blok (I hate slider & flip phone), the size is just nice for my palm, super slim but not too light ... i can feel the phone, qwerty keyboard small & compressed but not a problem ... i have small fingers, no touch screen meaning no stylus (And meaning i can still sms while driving :)) ...
It also has 3.2 mp camera with AF, email, GPS, Quickpffice, Adobe PDF, zip, wifi and 2 mode i.e. work & personal. So i will be blogging from my mobile soon! (Ceh! semangat je yg lebihh!)

Luv this bebeh! & TQ! me ...

Saturday, August 23, 2008

BiLa Dia MenYanYi

sekarang ni ummi sibuk mengajar si anak menyanyikan lagu2 rakyat supaya vocab anak bertambah luas. Tapi inilah jadinya bila Qais Amiir yang kreatif lupa lirik dan menambah2 sendiri apa yang dia tahu:

Air pasang malam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Pokok bunga melur tanam tepi batas
Itik makan bunga ayam makan bunga
Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah jatuh dalm parit
Naik keretapi pergi Langkawi
Dapat bini comei menyuruk kat belakang

Friday, August 1, 2008

10.07.1986

Memang jadi rutin harian setiap pagi, Tokwan akan jemput dan hantar ke sekolah setiap pagi sekitar jam sebelas. Semenjak sakit Abah semakin teruk dan Mak cuti bersalin, Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau jadi tempat sementara 'mencari ilmu'. Kerana tak ada sesiapa yang boleh menjaga kami di Lenggong, lebih mudah rasanya berpindah sementara ke Sekolah di Kuala Kurau dari tinggal bersama pengasuh di Lenggong.

Hari ini tak macam biasa ... Tokwan sampai sedikit awal di rumah Nenekwan (Moyang). tergocoh-gocoh dia memanjat tangga dan bercakap sesuatu dengan Tok dan Mak. Tak lama kemudian ... aku bingkas diangkat masuk ke dalam motor dan Tokwan 'merempit' laju di batas sawah. Sampai di rumah Tokwan, orang nampak ramai dibawah rumah dan sibuk berbual-bual sesama sendiri. Aku terus dibawa naik ke bilik Abah di bilik tengah. Abah dah terbaring kaku & diselimut kain. Pakcik-pakcik sibuk berkira-kira mengalihkan Abah ke tepi. Paktam menggamit aku perlahan sambil menyuruh duduk.


"Abang bacalah apa-apa surah yang Abang tahu"

Aku bingung ... sambil memandang Abah, aku sambil membaca beberapa surah lazim muqaddam yang aku tahu. Rasanya saat-saat didalam bilik tu bersama Abah sangat lama dan kaku. aku duduk bingung dan keliru. Entah berapa lama aku didalam bilik, aku sendiri tak tahu. seingatku, bila aku keluar ke beranda, nampak Maksu Intan dan Pakcik Jalil berlari laju meluru ke rumah dari jalan. Maksu dan Pakcik masih lengkap berpakaian sekolah. tekaku baru diambil dari sekolah. Maksu sudah meraung kuat dan berjujuran airmata ... memang sayu benar sebab maksulah yang saban hari menjaga dan menemankan Abah yang sakit. Maksu seakan lupa diri dan tak berhenti-henti meraung memanggil Abah ...

Dibawah rumah nampak beberapa orang sibuk memaku keranda yang dibuat sendiri dari kayu. Itu memang aku ingat benar, kerana dari sudut itu aku nampak air bercucuran jatuh dari lantai bilik Abah. Biasanya Abah mandi disitu. aku naik semula ke bilik dan sekadar dapat memerhati dari celahan ramai Abah dimandikan.

Sesudah dimandikan Abah di kafankan di anjung rumah. Aku nampak Mak duduk di tepi almari besar buku Abah dengan adik di riba. Yang kekal dalam ingatan aku ialah muka-muka hiba pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang mengucup Abah (Kali yang akhir). Aku faham abah dah pergi meninggalkan kami. Aku faham selepas lama menderita sakit Abah akhirnya tenang bertemu Ilahi.

Tarikh 10 Julai 1986 kekal sebagai tarikh sedih dalam kisah hidup kami semua. Tak ada lagi pandangan Abah gigih berusaha kembali berjalan dengan pemegang yang dibuat di anjung rumah. aku tak akan mengaji lagi setiap malam di dalam kelambu. Kami tak akan berulang alik lagi setiap minggu dari Lenggong ke Kuala Kurau demi Abah. Abah menderita cukup lama. Abah pergi juga menuruti adik bongsu kami yang mendahului dua minggu sebelumnya ...

itulah kenangan terakhir yang paling abadi ... menimbuskan tanah di pusara Abah bersebelah pusara Adik.


10 Julai 2008 ... dua puluh dua tahun menanggung rindu & mengenang setiap saat tujuh tahun bersama ... Alfatihah buat Abah!
AbuQais: Selepas hampir sepuluh tahun ... aku mengerti betapa luluhnya kehilangan dua orang tersayang dalam masa yang hampir sama ...