Friday, March 13, 2009

|From.My.Window|


Tanda aras kebijaksanaan dan intelektual saya kalau di ukur tidaklah setinggi KLCC, bahkan setinggi pokok kelapa pun belum tentu. Menuntut ilmu dulu pun ditengah-tengah ‘Prang Besar’yang rancak di botakkan menjadi padang jarak padang tekukur. Tidaklah sampai ke institusi ratusan tahun di kota metropolitan yang dingin. Ulangkaji pun sekadar di kalangan pokok kelapa sawit dan getah dengan muka yang kadang-kadang merah dek terik matahari dan debu tanah merah yang tebal ‘bertempek’ di muka, tidaklah di bawah pohon-pohon pine dan epal yang hijau serta salji yang putih.

Tapi akal cetek ini kadang-kadang memaksa saya berfikir bila melihat banyak ‘tayangan-tayangan cerita melayu’ yang kebelakangan ini rancak ‘dibikin’ semula dengan pelakon-pelakon baru, tapi masih dengan tema dan sama. Saya lucu dan tertawa sendirian bila menonton ‘cerita’ dan gelagat-gelagat ‘juak-juak yang berkuasa’ yang berbuat sesuka hatinya di ‘penambang’. ‘Marhaen’ yang ramai berasak-asak menunggu ‘sampan’ untuk membawa mereka ‘menyeberang’ diperlaku sewenang-wenangnya oleh juak-juak yang berkuasa tanpa sikit rasa prihatin dan simpati pada marhaen yang serba daif dan lemah.
Saya senyum sendirian bila melihat ‘juak-juak’ yang terang-terangan mencuri hasil ‘penambang’ di depan mata simarhen dan juak-juak yang lain. Tambah lucu lagi bila ada juak-juak yang tak malu mencuri ‘pisang’ kepunyaan si marhaen. Bila ditegur “Hei! Kenapa kau mencuri pisang aku, kalau kau minta aku kasi tau ...” lagi rancak si juak-juak ‘mencuri’ pisang si marhean. Kasihan si marhaen.
Gelagat si juak-juak yang ‘tersengih-sengih’ macam kerang busuk mengiring ‘kroni kesayangan’ menaiki sampan melepasi marhaen biasa yang sudah lama beratur lagi membuatkan saya senyum sendirian. Tidak malukah mereka pada simarhaen yang memandang tidak berdaya sedangkan ‘sampan’ sudah ada didepan mata.
Ada juga juak-juak yang ‘putar belit’ meminta bayaran untuk payung yang dipinjamkan ... “Ini sampan taukeh punya, ini payung aku punya ... kena bayar”.
Bila ‘taukeh besar penambang’ sampai dengan kereta serba besarnya, juak-juak berkuasa di penambang jadi macam ‘kera kena belacan’ mengendeng-ngendeng si taukeh. Barangkali kalau patut dikipas mereka akan kipas si taukeh besar. Padanlah dengan si taukeh besar penambang yang hendak naik sampan sendirian ke ‘seberang’ tak mahu berkongsi dengan si marhaen.
Akhirnya ‘penambang’ huru-hara bila marhaen sudah tidak tertahan menanggung siksa dan derita. Bila ‘pendekar mustar pinang sebatang’ dari kalangan marhaen sudah tidak terdaya menahan ‘penindasan’, maka mereka bertindak sendirian sampai akhirnya ‘penambang’ jadi kacau bilau.
Pendekar Bujang Lapok yang sedari tadi memerhati dalam diam dan menunggu saat akhirnya ‘menyelinap menaiki sampan dan berkayuh ke seberang meninggalkan di belakang penambang yang sudah kacau bilau.
Dalam ‘cerita melayu’ ini, untung kalau ada tiga ‘Laksamana Do Re Mi’ yang nampak macam rakyat yang biasa sahaja tetapi tiba-tiba sahaja pula mendapat ‘alat’ istimewa untuk menjadi perwira perkasa menyelamatkan negeri. Untung-untung Laksamana Do Re Mi hendak menyelamatkan penambang yang sudah kacau bilau. Dalam cerita ini Laksamana Do Re Mi mendapat habuan menikah tuan puteri. Kiranya "Baik ...baik ada makna tu". Tapi cerita P. Ramlee ini kenalah ‘dibikin semula’ ke dalam satu ‘Drama’.
Apa salahnya, lagipun memang sudah ada ‘cerita-cerita melayu P Ramlee’ yang sedang dibikin semula. Saya pernah menonton kisah pemerintah negeri yang bersidang dibawah pokok di negeri Pasir Berdengung Dua Butir. Cerita itulah yang ada tiga Laksamana Do Re Mi dengan ‘alatan istimewanya’.
Menonton ‘cerita’ sultan musang berjanggut yang dimain-mainkan juga rasanya lucu bila ditonton di kaca televisyen. Tapi ‘remaking’nya sudah jadi memual dan menjelekkan. Inilah jadinya bila lain yang di ajar, lain pula yang jadi. “Kalau tulis shorthand, jangan baca longhand” ... bila baca longhand itu yang jadi mambang biru air laut dan mambang mabuk minum brandy. Kalau tidak tahu, rajin-rajinlah belajar dan bertanya ... jangan suka membuta-tuli mengikut rasa hati.
Jangan juga selalu buat interpretasi sendiri tanpa mendapatkan fakta yang betul, takut nanti huruf Ha jadi huruf jin mata buta dan huruf Kha’ jadi huruf jin pakai toncet. Nanti malu diketawakan Pak Ali (Walaupun Pak Ali juga sama buta huruf)
Sebenarnya ... ‘cerita P. Ramlee’ yang paling menyentuh hati ... ialah cerita yang ada dua orang penyamun bernama Penyamun Ajis dan Penyamun Sudin yang sibuk ‘membahagikan hasil’ dengan ‘adil’. Penyamun Sudin sangat marahkan Penyamun Ajis yang tidak pandai membahagi-bahagikan harta. Tapi bila Penyamun Sudin yang kira??

4 comments:

UmmiQais@iKa said...

part nih i tak paham...munge2 laaa u nyer post nih...

kL said...

aku punya intelektual terus drop ke basement level daa baca post hang..

Unknown said...

Hahahaha .... alahaiii

Ni tengok kat youtube >>

NEGARA PENAMBANG >> http://www.youtube.com/watch?v=KbPWRhYQ4IQ

BUTA HURUF >> http://www.youtube.com/watch?v=DmIaet4yiMc

MAMBANG MABUK >> http://www.youtube.com/watch?v=aQBZw9dgNIY&feature=related

PENYAMUN >> http://www.youtube.com/watch?v=QcECuly_Hhc

KERAJAAN BAWAH POKOK >> http://www.youtube.com/watch?v=rtAFG_QuVEA&feature=relatedrlldk

kL said...

ooOOOOO.. baru hamba paham..