Sunday, November 9, 2008

Rindukan Maksu!

Sejak Maksu telefon minggu lepas, Qais tak putus-putus bertanyakan Maksu dan sibuk memujuk supaya dijemput Maksu dari Shah Alam. Mungkin sebab sudah lama sangat tak berjumpa & 'membuli' Maksu yang seorang tu. Kali terakhir berjumpa Aidilfitri lalu rasanya sudah agak lama dan dia sibuk setiap hari bertanya bila 'kita' nak ambil Maksu dari sekolah.


Janjinya bila sampai hari minggu, kami akan ke Shah Alam menjemput Maksu. Tapi Maksu dah 'blah' balik ke rumah MakTok di Lenggong. Bila diberitahu Maksunya tak ada di sekolah sebab balik ke rumah MakTok ... Qais tetap tak berpuas hati dan minta juga di ambil Maksu dari Shah Alam. Kerana sudah tidak ada jalan lain & hendak memujuk Qais yang asyik bertanyakan Maksu, Ummi & Babah berjanji untuk bawa Qais ke rumah Toksu. Tak dapat bermain dengan Maksu, dapat bermain dengan MakWa pun jadilah. Tambah seronok, minggu ini Paksu Ujang & Cik Tayah pun ada.

Dalam perjalanan ke rumah Toksu, kami singgah beli sarapan di Taman Bolton. Sambil menunggu roti canai yang dibungkus, sebab Qais masih sibuk bertanyakan bila nak sampai rumah Maksu, terpaksalah telefon ke rumah MakTok supaya sekurang-kurangnya dapat dia berbual-bual dengan Maksu.

Kerana marahkan Maksu yang balik ke rumah MakTok tak ajak Qais, inilah jadinya ... LETIH AGAKNYA MAKSU TERPAKSA MEMUJUK & DIMARAH QAIS!



Thursday, September 11, 2008

JetSeT RamadHan ...

I am typing this while in ERL to KL Sentral. Yes! 6.25pm one hour to berbuka and I am still in ERL. You might ask what is so terrible about that?? My Ramadhan this year turn to an unexpected Jetset lifestyle. I have been traveling since the second day of Puasa until today (Well except two days break and weekend). Yes I did returned home between the traveling but barely a day. Just maybe to show how bad it is … Qais has developed the habit of ‘nagging’ about me ‘missing’ … Luckily Ummi doesn’t mind explaining Babah is away working (Though she did also tell him that I am leaving them to stay in a nice hotel!). I am going home today for a nice long rest and a week break …. AND I WILL BE TRAVELLING AGAIN ON THE 25TH …. YES! While people busy preparing for Raya … I will be on the plane alone in the hotel … Huhuhu! Though maybe to console Ummi … we will have chocolate for Raya this year instead of kuih …. Tekalah kemana ku nak pergi????

Wednesday, September 10, 2008

SaLam RamadHan & HaPPy BirtHdaY QaiS!!

Rasanya belum terlambat lagi untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubaraq dan Selamat Berpuasa dan beribadah kepada semua. Belumpun rasanya lama Ramadhan yang lepas berlalu, Ramadhan 1429H menjengah kita semula. Semoga kita semua makin gigih berusaha dan beribadah untuk mendapat ganjaran yang sangatlah besar, walaupun selalu asyik dan sibuk dibuai kesibukan hidup. Untuk diri sendiri, harapnya Ramadhan Al-Mubaraq kali ini akan memberikan lebih keberkatan dan menguatkan semula semangat untuk mencari dan mengenal DIRI.

To our dearest son ... HAPPY BIRTHDAY!! Little Guy! You are now three years old :) Seeing him growing up and learning about life makes us realize how fast time fly and how far we have travel in this journey of life. Seems like not long ago we were little kids ourselves, eager to live life and fulfill our dreams. I see Qais Amiir now talking about how he wants to be a police, a doctor, a firemen, a soldier ... well most often he will say he wants to be Asoka, Ultraman Tiga, Ultraman Dyna, Ultraman Taro, Ultraman Mebius and sometimes to our bursting laugh he wants to work at Giant!! HEH?? May you grow up and be a great Muslim, a great servant of Allah and a Great Khalifah. Insya allah! Jadilah anak yang soleh macam arwah Tok Abah & MakTok. HAPPY BIRTHDAY!

Seronoknya Ramadhan kali ini sebab birthday Qais jatuh dalam bulan Ramadhan, jadi rasa macam special sikit ... muga2 apa juga yang dihajatkan akan dimakbulkan sempena keberkatan Ramadhan. Oleh sebab kami semua tinggal kat rumah AyahTok sejak sebulan lepas, maka celebration birthday Qais kali ini dibuat dirumah ayahTok saja. Takdalah apa2 celebration yang grand, cuma makan2 family macam selalu. Disebabkan ramai yang ada termasuk PakCik, Paksu, TokNyah, NekNyah, MakLong Ifa & MakNgah Ira, MamaTok masak nasi kerabu & PakCik grill ayam percik dan menu2 lain. Qais Amiir siangnya dah dibawa beli kek. Dia nak jugak gambar Pokemon di atas kek Chocolate Banana ... tu lah kuatnya pengaruh cartoon dalam hidup kanak2. Kadang-kadang risau juga bila difikirkan banyak pengaruh kurang baik yang mungkin dipelajari. Harapnya lebih banyak cartoon ala Upin Ipin yang lebih membina.

Dek kerana sibuknya sepanjang hari membeli kek, shoping dan memasak ... Qais tertidur sebaik sahaja berbuka puasa. Tak sempatlah nak potong kek. Ramailah muka2 frust tak dapat nak makan kek Qais sebab birthday boy dah tertido. Finally Qais hanya bangun sekitar jam 10pm lebih bila MamaTok kejutkan lepas semua balik terawih  Alahaiii Qais ...

Thursday, September 4, 2008

My FiRsT MobiLe bLoGGinG!

i am in ERL dragging my ass off to airport. disebabkan sangat boring dan mengantuk yang sangat tak boleh ditahan2 ... Maka idea pun muncul untuk update blog. So, Taaraaaa! My first mobile posting .... Yuhhuuu sangatlah bangganya .... Walaupun sebenarnya takda pape nak update :).

Thursday, August 28, 2008

HeLLo E71!


Last month, my old Nokia 6680 ive been using since like ages ago suddenly went 'mogok'. The screen turn blank & it refuse to turn on. I tried to change the battery and hard reset the phone but seems that it refuse to continue serving its owner ... Tak mengenang budi punya handphone!! (Ker tuannya yang tak mengenang budi??)
Pity to myself for not having a phone to 'survive' in this communication era (And not wanting to be laughed at) ... i decided to treat myself with a little birthday present. So everybody, says hello to my new Nokia E71! Ngehehehe ....

Bought this slim little gadget together with my sister's laptop about a month ago and im hooked ever since ... It may not be as glamorous as its cousin from NSeries but this toy is definitely without a doubt one of the best rated Nokia model (At least by me!).

Screen is slightly small but sharp, its blok (I hate slider & flip phone), the size is just nice for my palm, super slim but not too light ... i can feel the phone, qwerty keyboard small & compressed but not a problem ... i have small fingers, no touch screen meaning no stylus (And meaning i can still sms while driving :)) ...
It also has 3.2 mp camera with AF, email, GPS, Quickpffice, Adobe PDF, zip, wifi and 2 mode i.e. work & personal. So i will be blogging from my mobile soon! (Ceh! semangat je yg lebihh!)

Luv this bebeh! & TQ! me ...

Saturday, August 23, 2008

BiLa Dia MenYanYi

sekarang ni ummi sibuk mengajar si anak menyanyikan lagu2 rakyat supaya vocab anak bertambah luas. Tapi inilah jadinya bila Qais Amiir yang kreatif lupa lirik dan menambah2 sendiri apa yang dia tahu:

Air pasang malam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Pokok bunga melur tanam tepi batas
Itik makan bunga ayam makan bunga
Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah jatuh dalm parit
Naik keretapi pergi Langkawi
Dapat bini comei menyuruk kat belakang

Friday, August 1, 2008

10.07.1986

Memang jadi rutin harian setiap pagi, Tokwan akan jemput dan hantar ke sekolah setiap pagi sekitar jam sebelas. Semenjak sakit Abah semakin teruk dan Mak cuti bersalin, Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau jadi tempat sementara 'mencari ilmu'. Kerana tak ada sesiapa yang boleh menjaga kami di Lenggong, lebih mudah rasanya berpindah sementara ke Sekolah di Kuala Kurau dari tinggal bersama pengasuh di Lenggong.

Hari ini tak macam biasa ... Tokwan sampai sedikit awal di rumah Nenekwan (Moyang). tergocoh-gocoh dia memanjat tangga dan bercakap sesuatu dengan Tok dan Mak. Tak lama kemudian ... aku bingkas diangkat masuk ke dalam motor dan Tokwan 'merempit' laju di batas sawah. Sampai di rumah Tokwan, orang nampak ramai dibawah rumah dan sibuk berbual-bual sesama sendiri. Aku terus dibawa naik ke bilik Abah di bilik tengah. Abah dah terbaring kaku & diselimut kain. Pakcik-pakcik sibuk berkira-kira mengalihkan Abah ke tepi. Paktam menggamit aku perlahan sambil menyuruh duduk.


"Abang bacalah apa-apa surah yang Abang tahu"

Aku bingung ... sambil memandang Abah, aku sambil membaca beberapa surah lazim muqaddam yang aku tahu. Rasanya saat-saat didalam bilik tu bersama Abah sangat lama dan kaku. aku duduk bingung dan keliru. Entah berapa lama aku didalam bilik, aku sendiri tak tahu. seingatku, bila aku keluar ke beranda, nampak Maksu Intan dan Pakcik Jalil berlari laju meluru ke rumah dari jalan. Maksu dan Pakcik masih lengkap berpakaian sekolah. tekaku baru diambil dari sekolah. Maksu sudah meraung kuat dan berjujuran airmata ... memang sayu benar sebab maksulah yang saban hari menjaga dan menemankan Abah yang sakit. Maksu seakan lupa diri dan tak berhenti-henti meraung memanggil Abah ...

Dibawah rumah nampak beberapa orang sibuk memaku keranda yang dibuat sendiri dari kayu. Itu memang aku ingat benar, kerana dari sudut itu aku nampak air bercucuran jatuh dari lantai bilik Abah. Biasanya Abah mandi disitu. aku naik semula ke bilik dan sekadar dapat memerhati dari celahan ramai Abah dimandikan.

Sesudah dimandikan Abah di kafankan di anjung rumah. Aku nampak Mak duduk di tepi almari besar buku Abah dengan adik di riba. Yang kekal dalam ingatan aku ialah muka-muka hiba pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang mengucup Abah (Kali yang akhir). Aku faham abah dah pergi meninggalkan kami. Aku faham selepas lama menderita sakit Abah akhirnya tenang bertemu Ilahi.

Tarikh 10 Julai 1986 kekal sebagai tarikh sedih dalam kisah hidup kami semua. Tak ada lagi pandangan Abah gigih berusaha kembali berjalan dengan pemegang yang dibuat di anjung rumah. aku tak akan mengaji lagi setiap malam di dalam kelambu. Kami tak akan berulang alik lagi setiap minggu dari Lenggong ke Kuala Kurau demi Abah. Abah menderita cukup lama. Abah pergi juga menuruti adik bongsu kami yang mendahului dua minggu sebelumnya ...

itulah kenangan terakhir yang paling abadi ... menimbuskan tanah di pusara Abah bersebelah pusara Adik.


10 Julai 2008 ... dua puluh dua tahun menanggung rindu & mengenang setiap saat tujuh tahun bersama ... Alfatihah buat Abah!
AbuQais: Selepas hampir sepuluh tahun ... aku mengerti betapa luluhnya kehilangan dua orang tersayang dalam masa yang hampir sama ...

Wednesday, June 18, 2008

BiLa AyahToK TenggeLaM ...

Kerana hari ini tak ada banyak kerja yang perlu disiapkan segera dan tahap produktiviti pun dah menurun sejak jam 4pm, langkah paling bijak yang boleh diambil ialah capai beg dan bergegas pulang. Setidak-tidaknya kalau sampai awal dirumah, boleh juga berehat-rehat sambil melayan karenah Qais Amiir bermain. Biasanya kalau di rumah Lembah Keramat, Qais ada Nazilah untuk dibuat kawan main petang. itupun masih malu2 ...

Sampai dirumah suasana lengang. Bayang Qais pun tak nampak diluar. Rupa2nya semua sibuk didalam sebab rumah Ayahtok blackout disambar petir. Hujan taklah begitu lebat awal petang tadi, cuma guruh yang kuat berdentum sampai mengejutkan ramai di pejabat. Wiring tingkat atas rumah Ayahtok rosak teruk. Sebahagian wiring di roof terbakar & melted. Roofing cover aluminium foil untuk heat resistance semuanya habis hangus terbakar sampaikan roof tiles dah jadi hitam. Alhamdulillah tak ada apa2 yang tak diingini berlaku. Semuanya selamat cuma terpaksa bergelap sekejap di tingkat atas.

Qais Amiir sama2 sibuk dengan orang lain yang ke hulu ke hilir memeriksa switch & wall plug. Dalam sibuk2:



Qais: "Babah, Ayahtok tenggelam ..."


Babah: "Hah?"


Qais: "Babah Ayahtok tenggelam la Babah"


PakNgah: "Ayahtok bukan tenggelam ... tenggelam tu ke bawah"


Qais: "Bukan tenggelam ke bawah la PakNgah ... Ayahtok tenggelam ke atas saje"


Babah: "Heh??"


Qais: "Iye Ayahtok tenggelam ke atas tu ..."

Rupa-rupanya dia menuding jari ke arah Ayahtok yang tengah memanjat tangga ke siling, sebahagian badan ayahtok dah tak nampak sebab dah masuk ke dalam lubang siling ...

p/s: Walaupun puas dibetulkan, Qais tetap berkeras yang Ayahtoknya tenggelam ke atas ...

Ummi Ke Kota Singa


Pagi tadi lebih kurang jam 11.00 pagi Ummi berlepas dengan rakan-rakan sepejabat ke Johor Bharu untuk misi 'melawat-lawat' CommunicAsia 2008 di Singapore Expo. Banyak petua-petua dah diberi sejak malam tadi beserta 2 map Singapore untuk digunakan. Dengan alasan untuk menjimatkan perbelanjaan Syarikat, Ummi dan rakan2 tidak dibenar bermalam di Singapore kerana kos yang mahal, sebaliknya di suruh bermalam saja di Johor Bharu dan masuk ke Singapore awal pagi esok untuk ke exhibition. Hairan juga bila majikan kepingin sangat hendak jimatkan SD150 sampai sanggup biarkan kakitangan bersesak2 awal pagi di Woodland. Kata Malik (Yang disampaikan kepada Malik oleh adik Aiza), Woodland sesak saban pagi dengan ribuan orang yang berulang alik bekerja. Sudah juga dipesankan kepada Ummi tadi supaya segera masuk di awal pagi untuk mengelakkan nanti terpaksa bersesak-sesak.

Jadi malam ni, tinggallah Qais Amiir terpaksa tidur tanpa Ummi. Qais bukannya tak biasa tidur tak ada Ummi, cuma dah jadi 'habit' setiap malam akan cari Ummi sewaktu nak tidur, tak puas dan tak lena tidur kalau tak dapat 'menyelit-nyelit tangan di bawah badan Ummi. Habis semua satu badan 'diraba-raba' dalam gelap dan dengan mata yang dah terpejam.

Qais Amiir dah tidur lama tadi, lepas letih 'membelek' speaker set bilik PakChik. Leka melayan 'dunia' sendiri membayangkan dia memandu fighter jet ... sibuk mintakan handphone Babah sebab nak menelefon 'Asoka' hero Ultramannya. Lepas letih bermain & melayan video call Ummi dari Danga Bay ... terus dia tidur.

Sibuk2 'browsing', teringat pulak blog ni yang dah lama tak di'update'. Dah makan berbulan ... agaknya kalau rumah dibiarkan terbiar dah bersawang. Kebelakangan ni, tuntutan kerja rasa sangat memberatkan & mengusutkan 'akal fikiran'. Terlalu banyak perkara yang hendak dibuat tetapi tak tahu dimana patut dan sewajarnya nak dimulakan. Sebab tu selalu rasa 'malas' dan 'keletihan' nak update. Agaknya bila dah mula kembali ni, hendaknya rajinlah kembali nak berkongsi semula cerita ...
p/s: Bila memikirnya Ummi yang berada di Singapore ... teringin pulak rasanya nak pergi lagi bawak Qais ke Zoo & Night Safari ... Zoo Singapore yang dikunjungi dulu SANGAT CANTIK DAN BERSIH!

Thursday, March 13, 2008

IKAN BAKAR TASIK RABAN


Salah satu tempat yang kami tak boleh tinggal bila balik ke Lenggong ialah Restoren Tasik Raban. Bukan sebab memang Lenggong itu kampungku! tapi hidangan ikan bakar di restoren ni memang sedap sesangat. setiap kali balik ke kampung, kami memang akan cari peluang singgah makan tengahari di sini.
Restoren Tasek Raban ni terletak kira-kira 25 kilometer dari persimpangan Tol Kuala Kangsar menghala ke Gerik & Kelantan, berhampiran dengan MRSM Chenderoh. Ia terletak di dalam kawasan Tasek Raban yang terkenal. Restoren ni memang betul2 di tepi jalan utama.

Specialnya restoren ni adalah ikan sungai (Ikan air tawar) yang di bakar dengan sambal yang kick! (Puas kitorang cari resepi sampai nak buat reverse engineering) Ikan biasa yang di bakar ialah ikan tilapia & jelawat, tapi banyak juga ikan2 lain, bergantung kepada bekalan dan musim. Yang best nya ikan-ikan ni semuanya dari Tasek Raban berhampiran dan fresh. Ke'asyik'an layan ikan bakar ni dengan lauk pauk makan tengahari yang lain memang tak dapat dibayangkan ... meleleh!!
Menu biasa bila singgah disini selain ikan bakar mestilah sayur labu, ikan masin, ulam2an & sambal belacan. Huhuhuhu ... lazatnya menikmati ikan bakar lepas letih mandi di Lata Kekabu (I'll share next time!)

Friday, February 22, 2008

Makan Angin Pulau Langkawi!

Plan nak bercuti ke Langkawi ni sebenarnya dah lama dirancang. tapi selalunya mesti cancelled last minute sebab tak boleh nak accomodate everybody. Jadi memandangkan trip ke Langakawi ni sebenarnya nak bawak 'Nenek' Qais berjalan-jalan ... finally kami semua decide to proceed with the trip time Federal Day arituh sebab kalau nak tunggu lagi agaknya sampai bila2 pun tak sampai Langkawi. Lagi lambat pergi lagi banyak idea & list shopping Ummi. Jadi baik lah pergi awal supaya muat kapal terbang bila nak balik nanti :).

Memandangkan kalau nak drive all the way to Kuala Perlis mahu ambik masa 5 jam dan Nenek & Tok sure akan kebas pun*gun*, baik lah semua naik flight jek. Pilihannya dah tentu la AirAsia. Untuk nak elakkan daripada berebut2, kami semua ambil express boarding, nenek tak payah bayar extra sebab senior citizen & qais dapat half price. Ummi & maksu la terpaksa lari macam 'sprinter' nak dapatkan seat yg best sebab by the time kitorang sampai kat aircraft tu, passenger biasa pun dah mula sampai ... tak rasa macam express boarding langsung terutamanya kalau bawa elderly!. maybe AirAsia should reconsider the option or maybe introduce seat number jek. Lagipun, selalunya time boarding tu semua passenger berebut2 macam budak sekolah nak beli kuih di canteen!

Kami dapat good bargain untuk kereta. RM130 for a Serena ... OK lah kiranya. Langkawi dah banyak berubah compared to the last time I was there. That was about 3 years ago and Langkawi dah banyak pembangunan & maju. Ada banyak kedai2 di bina & dah banyak kemudahan. paling bagus ialah highway yang menghubungkan both side of Langkawi, sebelah Kuah dan Padang Mat Sirat/Pantai Cenang. Memang memudahkan. Jarak perjalanan dah jadi dalam 20 minutes. Pekan Kuah pun pesat berkembang dengan projek2 melebarkan jalan & reclamation di pesisir pantai ... pesat sungguh.

Malam pertama sampai tu kami semua dinner di Jai's Island cafe. Sebab ramai yang kata sedap & banyak postings tentang cafe ni. Kalau ikut aku ... hari2 makan seafood di Bukti Malut. Makanannya 'Boleh tahan' & portionnya besar. Memang kenyang makan dan sampai tak terhabis-habis.

The next day, kami cover the whole island dari cable car, Telaga Harbour, Pantai Cenang, Beras Terbakar, Makam Mahsuri, Hot Spring & Tanjung Rhu (Semua dalam satu hari). Ada attraction baru di cable car iaitu jambatan gantung betul2 dekat tip of the mountain ... cantik! Cuma nak pergi boleh sengal tempurng lutut. Qais Amiir jadi budak yang paling baik dalam cable car sampai tangan pun tak nak lepas. Gayat sampai semua orang tak bleh berdiri dalam cable car.

Tempat2 lain lebih kurang sama je. Tak ada banyak perubahan. Hot Spring dah tak berapa panas. yang panasnya bila qais amiir basahkan seluar sebab nak ikut Tok & nenek rendamkan kaki ... panas! panas! habis semua basah. Alang2 dah basah kami biarkan dia melayan perasaan sambil buat breast stroke kat Pantai Cenang. First time mandi air masin.

Second day, agaknya apa lagi kalau bukan shopping seharian di serata tempat di Langkawi ... nasib baik dah dekat sepuluh kali datang Langkawi, jadi semua venue shopping dah tahu ... kalau tak mahu tiga hari baru habis! senarai shopping ummi panjangnya sama dengan runway airport ... dari vision sampailah ke sudu garpu kiriman orang. Agaknya Idaman Suri boleh holiday awal untuk chinese new year sebab sales target dah boleh capai. Itu kira nasib senarai shopping ummi tak macam senarai makcik yang aku nampak sampai Idaman Suri tak cukup plastik. Agak2 kalau custom nak check satu2 mau delay flight makcik tu dua hari.

Sampailah lewat petang kami terus shoot to Airport. Sementara menunggu time nak fly ... sempat lagi makan laksa power kat mana lagi kalau bukan kat tepi airport sambil tengok sunset. Tiga hari di Langkawi untuk tahun 2008. Bila lagi nak pergi? Ntah lah!

Thursday, February 21, 2008

Off To The Next StoP!


Satu nasihat boss yang selalu aku ingat ialah "never stay too long in one place". Bukanlah boss suruh aku pindah-randah rumah dan jadi manusia Nomad ... maksudnya dalam kerjaya, jangan asyik berada dan buat kerja yang sama selama-lamanya.

Satu habit yang tak bagus bila kita asyik buat perkara atau kerja yang sama ialah kita akan jadi 'complacent' atau selesa dengan ruang lingkup kita dan mula ambil mudah setiap perkara yang kita buat. lama-lama kita tak dedahkan diri kita dengan challenge atau cabaran baru dalam kerja kita, kemudian kita jadi takut dengan cabaran dan tidak selesa bila berada di dalam 'unfamiliar & unpredictable situation' (Situasi yang tak biasa & tak boleh diduga - Betulke translation ni??).

Bila mula2 kita bekerja, kita akan belajar banyak perkara & kemahiran baru. So, knowledge & kemahiran kita bertambah. Tapi kita kena selalu muhasabah sebab after certain period, bila kita dah kuasai hampir semua pengetahuan & kemahiran tersebut, kita dah tak lagi belajar perkara baru ... sebaliknya kita akan mengulangi pengetahuan yang sama yang kita dah tahu. Learning 10 knowledge is not same with learning one knowledge repeated ten times.

Macam bila kita driving everyday ke tempat kerja. Mula-mula kita belajar selok belok jalan ke tempat kerja. Kita akan cuba cari jalan paling dekat & shortcut supaya kita sampai lebih cepat. Tapi lama2 kita dah dapat route tersebut, kita akan ikut route yang sama hari2 sampai kita dah hafal dengan setiap junction, traffic light, buildings, kadang2 sampai tahu kat mana potholes dan bila nak masuk lane sebelah mana. Masa tu kita dah tak belajar dah jalan baru, kita cuma mengulangi ilmu yang memang kita dah tahu. lama2 ikut jalan yang sama kita akan bosan (Or at least aku akan bosan).
Atas nasihat tu lah aku ambil keputusan untuk cari knowledge & skills baru ... bukan untuk siapa tapi untuk aku sendiri. Bila ada peluang yang datang menjengah ... aku dengan sedaya upaya gabannya terus menyambar peluang tu. Hopefully aku akan belajar lebih banyak perkara-perkara baru. Maka, tahun ni bermulalah lagi journey yang baru bagi aku. Another challenge, with another team with another set of people. Dalam environment kerja yang baru. Ngehehehe ... Goodbye lah workstation aku ni. Memang banyak pengalaman (Dan sampah semasa aku ada disini) ...
Thank you to may former bosses, who have taught me a lot, shared their knowledge, impart their thoughts & opinions, coached me .... Boss & Puan are a wonderful boss to work with and i have the utmost respect to you both ... to my colleagues, it is a pleasure to be working with every of you all, we learned a lot from each other and none of us could have been where we are now had it not been because of us all keeps together, stays together & committed to each other. And TQ! for lunch & Sheaffer ...

Ni lah dia ... 'barang-barangan'ku yang terakhir yang berusaha ku bawak pindah ke workstationku yang baru. Aku pindah ni malam2 ... sebab tak bayar sewa.

Saturday, February 16, 2008

Birthday UmmiQais @ Bukit Tinggi


Last January 10th was UmmiQais birthday. Initially i planned to celebrate her birthday like usual, surprise dinner with all cecipanz. However, since Ummiqais often complaint about pressure & 'tension' at work, i decided not to go the usual way of having dinner this time. Why not we celebrate somewhere away from KL, somewhere quiet & really peaceful so she can relax & have a peaceful time.

After browsing, i found a perfect place that is very near to KL, beautiful scenery and certainly quiet & peaceful. Just the right choice for ummi to relax and have some time away from KL (And off from work). The place is Colmar Tropicale Bukit Tinggi.

Bukit Tinggi is actually quite a nice place. It is not far from KL. We reach there after about 40 minutes on the wheel (Could be shorter if you drive faster). The place is not as big as Cameron or Genting, but is actually an isolated area by itself with a small town in Colmar, enough for you to survive for few days. It has couple of tourist spots such as Botanical Garden, Japanese Tea Garden, horse riding and rabbit park.

Colmar is the main area in Bukit Tinggi. The hotel & shops are all in this area. Theres few restaurants and cafe, souvenir shops as well as playground & game zone. Theres also open stage for show. The price of foods are slightly premium but theres few options and we often took the cheapest one (Apart from we make sure we stuff ourselves enough during complimentary breakfast to make sure we survive past lunch). Theres afternoon, evening and night show at the open stage and we seldom miss the "Russian Culture Show". It is entertaining and sometimes 'daring'.

We had a good time and ummi definitely enjoyed herself during the stay. Oh! and by the way ... the initial family holiday turned out to be rombongan cik kiah when ummi agreed to bring maksu, paksu ujang & makwa together to Bukti Tinggi. Though its not 'us' time ... we all actually had so much fun there. Everybody was having a good time ... ESPECIALLY QAIS AMIIR ABQARI .... tengok la dia .... Our Qais & rabbit!










more at our album kat Bukit Tinggi!




When Work Take So Much Out Of Me!


Dont wanna sound like a crazy workaholic but sometimes (Especially in these few weeks) i tend to be obsessed with work. When i have work piling up on the table, i suddenly turn into crazy monkey jumping up and down trying touch into everything. Sometimes i feel dumb not knowing where to start and how to prioritize! I don't even know when to catch my breath. There's so many to do and there is not enough time to complete all. Luckily this month we have 29 days ... at least i have one extra day to work ...

While writing this (3am), i am clearing my emails with headphones & loud music buzzin' my brain. I swear my eyes are so small i cannot see the entire screen. YES! my life is that terrible now that i have to finish some of my work at home (Which i will always try not to do previously). Even at home i usually manage to only read half a page before world went dark and brain suddenly shut off.

I have not been to futsal for about a month now (Actually except Thursday yesterday which i purposely intended not to go to watch TARA2 final). Poor me having to live this kind of life these few weeks ... SERONOKNYA KALAU BOLEH TIDUR TERUS SAMPAI TIGA HARI!!! ..... Got to get back to yawn! yawn! worzzzk zzzzzz yawn! ywan!.

Thursday, January 10, 2008

After Ten Years!



This month ten years ago ...
I met a sweet and lovely gurl ...
With eyes shining like a beauty pearl ...
And a sweet smile precious like a gold ...
Full of love she made life so wonderful ...


Girl ...
The first time I saw you i knew it inside ...
It was love that spark on the first sight ...
Every moment I felt the love is so right ...
Thinking of you every day and night ...
Even in my dream you shine like a starlight ...
Love feel so strong and shining so bright ...
Falling in love I cant kept inside ...
Dear girl I LOVE U .... and my love is tight ...


Dear ...
The love I feel is genuine and sincere ...
I love you now and it will be forever ...
My love will stay strong no matter whatever ...
Just as long as we are together ...
Every day passed love grew stronger ..
My feeling for you is deeper and deeper ...
May our love remains here and thereafter ...


My Love ...
Thank you for loving me with all your life ..
For being my love and a wonderful wife ...
I LOVE YOU SO MUCH!!


Happy Birthday!!



Monday, January 7, 2008

NaSi KanDaR PeDas iPoH


Ada beberapa benda yang aku jarang-jarang miss setiap kali aku ada di Ipoh. After all aku spent kebanyakan masa sekolah menengah aku di sini, dengan bebudak sekolah & member2 ... selalunya berjalan2 dan relax (Tak best la nak gunak word lepak!). Banyak kenangan aku kat town ni, so everytime aku sampai kat sini aku suka pergi ke tempat2 yang boleh buat aku ingat semula my fond memories here. Antara perkara2 yg aku tak boleh miss kalau aku ada kat sini ialah:

1. Aku selalu drive pass sekolah lama aku SMA Izzuddin Shah (SIS) ... saja2 nak tengok sekolah.
2. Mesti nak makan Mee Rebus Ramli sama ada kat Tasek atau kat depan Wooley ... 'port game' dulu2. Kalau kat depan Wooley tu boleh sambil2 tengok Wooley.
3. Kadang2 aku pergi Super Kinta & Yik Fong. Walaupun banyak shopping complex sekarang ni kat Ipoh, feeling dia lain bila masuk these two shopping complex.
4. Kalau lunch mesti nak pergi ke Yong Suan for my special nasi kandar ... TRUST ME THE NUMBER ONE NASI KANDAR IN IPOH!
Nasi kandar ni namanya Nasi Beriani Ayam Pedas. Nasi kandar ni dah memang jadi kitorang punya favourite sejak dulu dari zaman2 sekolah lagi. Sambal pedas dia memang special sampai menjilat jari. Pedas tapu UMMPHH! Kedai ni kalau time lunch tengahari memang ramai orang beratur.

Jangan confuse pulak dengan nama Yong Suan yang jual nasi kandar. Kedai ni adalah kedai mamak. Cuma share dengan kedai kopi cina. Bila makan kat sini, nasi kandar order dengan mamak tapi air dengan kedai kopi. Menunya macam menu nasi kandar yang biasa tapi yang specialnya ialah sambal pedas mamak ni. Memang SEDAPP!! dengan ambiance kedai kopi, memang menimbulkan selera.
Cuma aku tak dapat ambik gambar nasi ni dalam plate kat kedai sebab kali ni aku tapau bawak balik rumah. Ni sebab dah bercampur aduk, so tak boleh aku nak snap special sambal mamak ni. But for those love nasi kandar, Here is one stop you must not miss if you are in Ipoh. Standard meal aku will consist of nasi, kuah campur, telur masin & timun (Memang hidangan standard mamak ni) ayam goreng, & pakej sambal (xtra) ... cukup! memang dah feeling habis.
Direction ke kedai: Drive all the way to Ipoh town where you will find Yuk Choy Primary School on your right, upon reaching the first traffic light, turn left and you will find Yong Suan located on the lift side (First shop on the left after the turn).

Those who are not familiar with Ipoh: Exit Simpang Pulai toll. Turn right and drive all the way to Ipoh town until u reach roundabout in front of Casuarina & Menteri besar's residence. Take 9 o'clock and u will see Yuk Choy on the right. If you are from Jelapang Toll, exit Tasek interchange, drive until Tambun traffic light (Near Pantai Puteri Medical Centre), take right and drive all the way until u reach the roundabout.

SeLaMaT TaHun BaRu 2oo8!


Rasanya tak terlewat lagi aku nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2008!. Semoga tahun baru 2008 ni akan membawa lebih banyak kebahagiaan, kejayaan, kesihatan, kekayaan, kegembiraan dan memberikan lebih makna dalam hidup kita semua ... termasuk menjadikan kita semua a better muslim and a better servant of The Almighty Allah. Walaupun bunyinya macam poyo ... tapi let us all hope that 2008 will bring greater peace into this world and may people of all races, religions and beliefs, and from all parts of the world lives together in peace!

Special TAHNIAH! to Afza & Syaban yang dahpun bertunang dua minggu lepas ... CONGRATULATION! & SEMOGA TERUS BERBAHAGIA DAN BERKEKALAN SEPANJANG HAYATTT!!!. Sorry lah ye sebab kitorang tak dapat pergi meng 'huru-hara'kan keadaan sebab balik kampung. Tetapi aku tetap jugak pergi tolong makan kan laksa kuala utk ko afza ... cuma popiah Station yg ko cakap tu tak bukak sebab dia raya lagii.

CONGRATULATION! jugak to SHAMU yg dah jadik uncle to Baby Zulfa ... KO BILE LAGI?

To my cousin ... UDIN & WIFE ... SELAMAT PENGANTIN BARU! Semoga berbahagia & berkekalan selama-lamanya ... rambut belatuk dah tak boleh buat lagi sebab dah jadi husband orang!